NURFASHIKIN Mohd Faisal Gomez atau Shikin Gomez mula mendapat perhatian apabila berjaya tersenarai sebagai peserta Asia's Next Top Model (AsNTM) musim ke lima bersama Alicia Amin bagi mewakili negara.

Wanita berusia ini 24 tahun ini, sebelum ini merupakan pemenang Malaysia Supermodel Search 2015 anjuran Amber Chia Academy Sdn Bhd.

Shikin muncul di program gaya hidup Style District bagi menjawab 10 soalan menarik mengenai dirinya.

Bagaimana bermulanya karier sebagai model?

Selepas belajar dalam bidang komunikasi dan media, secara logiknya saya akan menceburi bidang penyiaran. Peragaan adalah pilihan paling mudah ketika itu dan pada awalnya hanya sekadar nak cuba-cuba.

Asal nama Shikin Gomez?

Gomez adalah surname (nama keluarga) bapa sebelum dia masuk Islam. Sebelum itu dia merupakan seorang Kristian. Jadi keturunan sebelah bapa adalah Gomez. Saya gunakan nama itu sempena nama bapa.


Shikin Gomez mula mendapat perhatian apabila berjaya tersenarai sebagai peserta Asia's Next  Top Model (ANTM) musim ke lima


Tinggi dan berat Shikin?

177 sentimeter dan 50 kilogram.

Idola Shikin?

Tengku Azura dan Tinie.

Nasihat terbaik pernah diterima?

Jadi diri anda sendiri.

Paling rapat dalam AsNTM 5?

Saya rapat dengan semua orang. Saya tak ada kawan tertentu. Saya OK dengan semua peserta.

anyak isu negatif yang sengaja ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di media massa untuk cuba mengelirukan rakyat.

Makanan kegemaran?

Laksa dan sambal sotong. Apa-apa yang ada sambal memang saya suka.

Pereka fesyen kegemaran.

Pereka fesyen yang paling saya suka dan memberi impak kepada saya ketika pertunjukan fesyen Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) tahun lepas adalah Fizi Woo, Wanpa dan Rizman Ruzaini.

Apa filem yang membuat anda menangis?

Baru-baru ini saya menangis menonton filem animasi Jepun, Kimi no Na wa.

10 soalan random bersama Shikin Gomez

Jika anda boleh terbang ke mana akan anda pergi?

Santorini. Saya sangat impikan melawat Santorini.
Ikuti temu bual penuh bersama Shikin Gomez dalam Style District (Episod 4).