Nooraini Mohd Noor atau lebih mesra dikenali Tuti bakal bersaing dengan 13 lagi peserta dari beberapa negara di Asia bagi merebut gelaran tersebut.
Walaupun membanggakan nama Malaysia di pesada antarabangsa, Tuti yang berusia 24 tahun itu dikritik netizen yang menyifatkan tindakannya salah di sisi agama Islam.
Rata-rata netizen berkata, penglibatan seorang anak Melayu dalam industri fesyen tidak membanggakan nama negara, di sebaliknya ia menandakan dunia semakin kiamat.
Ada juga yang memberi gelaran baharu kepada pertandingan tersebut, iaitu ‘Next Top Neraka’.
Berikut adalah antara komen-komen yang ditujukan oleh netizen di media sosial;
Program Asia's Next Top Model Cycle 4 yang akan disiarkan bermula 9 Mac ini jam 9 malam di saluran STAR World.