Sehubungan dengan Hari Harimau Sedunia sedunia pada hari ini, ketahui 10 fakta menarik mengenai haiwan spesis panthera tigris malayensis atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya.
- Sehingga tahun 2004, harimau Malaya tidak diiktiraf sebagai sub-spesies yang berbeza, sebaliknya dianggap sebagai sub-spesies harimau Indochina.
- Harimau Malaya diabdikan dalam lambang rasmi kerajaan Malaysia iaitu dalam Jata Negara Malaysia.
- Pasukan bola sepak Malaysia turut digelar harimau Malaya. Maskot dan jersi utama juga diadaptasi daripada corak belang yang terdapat pada harimau Malaya.
- Harimau Malaya mendapat pelbagai nama gelaran namun yang paling popular pastinya ‘Pak Belang’.
- Leonardo DiCaprio, David Beckham, Meryl Streep, Ian Somerhalder dan Betty White antara nama-nama besar Hollywood yang sering memperjuangkan nasib haiwan-haiwan liar termasuklah harimau.
- Harimau Malaya turut dijadikan sebahagian daripada logo institusi-institusi lain di Malaysia seperti Polis Diraja Malaysia, Maybank, Proton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
- Lazimnya rakyat Malaysia menganggap lambang harimau sebagai tanda keberanian dan kekuatan.
- Harimau Malaya diklasifikasikan sebagai haiwan yang terancam ekoran banyak pihak yang memburunya bagi mendapatkan kulit, gigi dan dagingnya buat pelbagai tujuan.
- Selain terpilih sebagai lambang negara Malaysia, harimau turut dipilih sebagai haiwan kebangsaan bagi Bangladesh, Nepal, India, Korea Utara dan Korea Selatan.
- Jika tidak dipelihara, Harimau Malaya bakal menerima nasib yang sama seperti Harimau Bali, Harimau Kaspia dan Harimau Jawa yang masing-masing telah pupus pada tahun 1937, 1950 dan 1972.