KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru semua pihak supaya terus komited dan bersungguh-sungguh menyelamatkan Harimau Malaya yang kini berada di ambang kepupusan.
Baginda bertitah selain tindakan pihak kerajaan, golongan belia juga boleh memainkan peranan dengan memanfaatkan teknologi maklumat untuk mendidik kepentingan harimau dan habitatnya kepada ekosistem hutan serta ancaman dihadapi haiwan itu.
Menurut Tengku Hassanal, agensi kerajaan perlu tegas dalam melindungi hidupan liar dan habitatnya kerana undang-undang tegas bagi melindungi hidupan liar dan kawasan hutan tidak bermakna dan tidak boleh mengekang sindiket pemburu haram jika tiada penguatkuasaan sewajarnya dilakukan.
"Sekiranya kita dapat bekerjasama untuk memastikan kesinambungan populasi Harimau Malaya, bukan hanya populasi haiwan ini akan bertambah, malah kita sebenarnya juga berjaya melindungi hutan yang banyak menyimpan khazanah biodiversiti dan fungsi ekosistem yang penting, lebih-lebih lagi di Pahang.
"Pahang mempunyai keluasan hutan yang besar iaitu kira-kira 57 peratus daripada keluasan negeri. Saya juga telah bertitah agar kerajaan negeri saya dapat meningkatkan keluasan hutan setiap tahun," titah Tengku Hassanal menerusi kenyataan sempena Hari Harimau Sedunia pada Jumaat.
Menerusi kenyataan itu, Tengku Hassanal juga menyentuh usaha pemuliharaan Harimau Malaya di Pahang menerusi titah baginda, antaranya penubuhan Jawatankuasa Hidupan Liar Pahang di bawah Majlis Biodiversiti Negeri Pahang yang mengetuai usaha bersepadu memerangi pemburuan haram di negeri ini.
Selain itu, kempen 'Selamatkan Harimau Malaya' juga telah membantu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu pemuliharaan spesies tersebut, yang selari dengan usaha Pasukan Petugas Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (MyTTF).
Tengku Hassanal juga optimis bahawa usaha pemuliharaan yang dilakukan dapat meningkatkan populasi Harimau Malaya, mengambil contoh kejayaan negara seperti Nepal, India, Bhutan, China dan Rusia selepas usaha pemuliharaan dilakukan dengan giat menerusi kerjasama cekap semua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022

Gambar menunjukkan tiga ekor anak Harimau Malaya yang diberi nama Wira, Hebat dan Melur buat pertama kalinya dilepaskan di ruang pameran selepas dilahirkan pada 1 Mei lalu. -Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tengku Mahkota Pahang murka kenyataan hasutan dibuat Muhyiddin, gesa polis siasat
Kenyataan Muhyiddin tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima kenyataan yang beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Lima ekor Harimau Malaya mati dalam tempoh kurang dua tahun
Lima ekor Harimau Malaya dilaporkan mati termasuk menjadi mangsa dalam insiden jalan raya dalam tempoh kurang dua tahun sejak 2023 sehingga kini.

Jangan terperdaya akaun media sosial palsu Tengku Hassanal - Kesultanan Pahang
Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7.

Jangan main isu politik yang pecah belahkan rakyat - Tengku Hassanal
Tengku Hassanal bertitah parti politik hanyalah 'halaman' kepada amalan demokrasi kepada pentadbiran negara dan negeri.

Tengku Hassanal berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama Premier Sarawak
Pada majlis santapan itu, baginda dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian tempatan.

COP28: Tengku Hassanal dalam Agenda AWANI esok
Pemangku Raja Pahang mengupas mengenai peranan belia dan cabaran merakyatkan kefahaman mengenai agenda hijau kepada seluruh masyarakat.

Gelagat anakanda Agong curi perhatian, jom kenali kekanda, adinda Tengku Hassanal
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Agong berkenan solat Jumaat di Masjid Jame' Asar Hassanil Bolkiah
Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tengku Hassanal zahir penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan bantu Pahang
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Dat