KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pemberian peruntukan membantu rakyat Pahang.
Baginda merujuk kepada jaminan kerajaan Persekutuan meneruskan projek tebatan banjir termasuk di Pahang yang kerap dilanda bencana itu, selain kelulusan lebih RM400 juta peruntukan tahunan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) kepada negeri ini.
"Menerusi peruntukan ini, saya berharap isu kerosakan jalan raya dapat diselesaikan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna.
"Saya menyeru kerajaan saya menubuhkan pasukan tindakan serta fokus supaya proses baik pulih jalan rosak dapat disegerakan.
"Jangan nanti musim tengkujuh tiba baru tender atau sebut harga hendak dikeluarkan," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.
Berhubung projek tebatan banjir, Tengku Hassanal berhasrat projek itu dapat dilaksanakan segera memandangkan ribuan rakyat terkesan dengan bencana tersebut, selain turut 'menasihatkan' supaya pelaksanaan projek di Pahang tidak lewat daripada jadual.
"Projek yang patut siap awal, rugi jika lewat disiapkan. Lambat rakyat saya merasa nikmatnya.
"Kepada kontraktor yang melaksanakan projek, buat betul-betul. Gunakan bahan bermutu tinggi mengikut spesifikasi (dan) jangan curi-curi," titah Tengku Hassanal.
Selain itu, Tengku Hassanal juga mengingatkan semua 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang untuk berkhidmat dengan jujur dan penuh berintegriti serta tidak menjadikan jawatan yang ada untuk bermegah atau menunjuk.
Semua ADUN juga dinasihatkan untuk berganding bahu membangunkan negeri demi kepentingan rakyat, dengan fokus kepada permasalahan seperti bekalan air, jalan raya, banjir, peluang pekerjaan dan keselamatan.
"Saya harus berikan pujian, kerajaan saya sekarang dalam landasan yang betul. Hasil negeri meningkat dan ada pelbagai inisiatif untuk rakyat, namun masih ada banyak yang boleh ditambah baik.
"Kepada pembangkang berilah idea membina yang boleh membantu kerajaan...janganlah menghentam semua yang kerajaan buat.
"Apa yang baik berilah pujian dan apa yang kurang berikan pandangan," titah Tengku Hassanal.
Baginda bertitah kerajaan negeri juga perlu meraikan pembangkang yang dipilih rakyat antaranya menerusi peruntukan adil juga diberikan kepada pihak terlibat, mengambil kira landskap politik harus matang selepas 66 tahun merdeka selain rakyat juga mahu kestabilan.
Selain itu, Tengku Hassanal turut menyarankan pegawai kerajaan dan penjawat awam perlu bergerak pantas dan laju selain mengingatkan majikan swasta 'memulangkan' balik kepada kerajaan dalam bentuk cukai, zakat dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"Apabila sudah untung lebih jangan lupa beri semula kepada pekerja, ada untung lebih bayarlah gaji pekerja lebih sikit atau bonus yang lebih baik, mereka sudah pasti akan berbelanja, maka usahawan atau yang bekerja sendiri pula dapat merasa manisnya," titah Tengku Hassanal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah bertitah ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini. -Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara
Tengku Mahkota Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara hari ini.

Telatah Seduku tarik perhatian Tengku Hassanal di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Telatah Seduku, seekor orang utan menarik perhatian Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim ketika melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Tengku Hassanal berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama Premier Sarawak
Pada majlis santapan itu, baginda dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian tempatan.

Pemangku Raja Pahang berangkat tiba di Kuching untuk lawatan selama lima hari
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 2.47 petang tadi disambut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.

Cabaran besar Pemangku Raja Pahang apabila bawa isu perubahan iklim
Menggembleng tekad politik dalam kalangan wakil rakyat untuk beri keutamaan kepada isu perubahan iklim merupakan cabaran paling besar.

Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.

Pahang ada potensi, aset percepat peralihan hijau - Tengku Hassanal
Pahang mempunyai kelebihan dari segi kawasan tanah yang luas dan aset dilapangan untuk gerakkan usaha peralihan hijau.

COP28: Tengku Hassanal dalam Agenda AWANI esok
Pemangku Raja Pahang mengupas mengenai peranan belia dan cabaran merakyatkan kefahaman mengenai agenda hijau kepada seluruh masyarakat.

Pemangku Raja Pahang kurnia darjah kebesaran, pingat Pahang kepada 198 penerima
Pemangku Raja Pahang,berkenan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang kepada 198 penerima.