TEMERLOH: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang kepada 198 penerima.
Istiadat sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-64 Sultan Pahang berlangsung di Dewan Tun Razak di sini, turut menyaksikan keberangkatan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana dan Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Mua'adzam Al-Marhum Sultan Ahmad Shah.
Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan pentadbiran negeri Pahang.
Pada istiadat itu, seramai 14 penerima dikurniakan darjah kebesaran Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 34 individu menerima darjah kebesaran Setia Mahkota Pahang (SMP), 35 individu menerima darjah kebesaran Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan 38 dikurniakan darjah kebesaran Ahli Mahkota Pahang (AMP).
Sebanyak 27 individu pula dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 32 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) manakala 18 dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Sementara itu, Pengurus Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC) Amran Selamat,46, yang menerima AMP menjunjung kasih atas pengurniaan tersebut dan menyifatkannya sebagai kenangan manis buat beliau dan 39 lagi keluarga RPPC yang masing-masing menerima AMP, PKC dan PJK.
"Lain sedikit perasaan bila terima pingat hari ini, walaupun sebelum ini pernah menerima pingat pada kejohanan yang disertai.
"Mungkin kerana ia lebih dekat di hati kerana darjah kebesaran pertama diterima dari Pahang sejak 28 tahun terlibat dengan polo," katanya yang dimaklumkan mengenai penganugerahan itu pada minggu lalu.
Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt (B) Abdul Aziz Ahmad yang dikurniakan AAP melahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih atas penghargaan itu yang dianggap sangat besar jika dibandingkan dengan tempoh lapan tahun berkhidmat di Pahang sejak 2009.
Anak jati Kuala Lipis itu juga menyifatkan darjah kebesaran itu sebagai 'penghargaan bersama' buat isterinya yang banyak berkorban menguruskan keluarga di Selangor sepanjang beliau di Kuantan.
"Banyak kenangan manis sepanjang saya di Kuantan dan berpeluang menyaksikan sendiri keperibadian kesultanan Pahang yang dekat dengan rakyat. Tak sangka, walaupun tidak lagi berkhidmat, saya dapat kenangan lebih manis hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada Tengku Suleiman Tengku Datuk Abd Rahman (tiga, kanan). - Foto Bernama
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara
Tengku Mahkota Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara hari ini.

Telatah Seduku tarik perhatian Tengku Hassanal di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Telatah Seduku, seekor orang utan menarik perhatian Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim ketika melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Tengku Hassanal berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama Premier Sarawak
Pada majlis santapan itu, baginda dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian tempatan.

Pemangku Raja Pahang berangkat tiba di Kuching untuk lawatan selama lima hari
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 2.47 petang tadi disambut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.

Cabaran besar Pemangku Raja Pahang apabila bawa isu perubahan iklim
Menggembleng tekad politik dalam kalangan wakil rakyat untuk beri keutamaan kepada isu perubahan iklim merupakan cabaran paling besar.

Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.

Pahang ada potensi, aset percepat peralihan hijau - Tengku Hassanal
Pahang mempunyai kelebihan dari segi kawasan tanah yang luas dan aset dilapangan untuk gerakkan usaha peralihan hijau.

COP28: Tengku Hassanal dalam Agenda AWANI esok
Pemangku Raja Pahang mengupas mengenai peranan belia dan cabaran merakyatkan kefahaman mengenai agenda hijau kepada seluruh masyarakat.

Pemangku Raja Pahang kurnia darjah kebesaran, pingat Pahang kepada 198 penerima
Pemangku Raja Pahang,berkenan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang kepada 198 penerima.