Pelumba Moto3 negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin tetap akan turun ke litar perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia Jumaat ini walaupun doktor mengesahkan bahawa beliau perlu berehat panjang kemungkinan hingga tiga bulan daripada kecederaan patah tulang.
"Saya akan turun juga menunggang motosikal pada sesi latihan rasmi GP Malaysia. Memang masih rasa sedikit sakit dan saya dinasihatkan supaya tidak berlumba.
"Namun bagi saya, saya yakin saya masih boleh berlumba. Apapun kita kena lihat bagaimana keadaan saya pada sesi latihan rasmi nanti. Daripada situ, saya akan buat keputusan sama ada saya akan dapat berlumba pada GP Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata kebiasaannya kecederaan patah tulang memerlukan tempoh masa antara sembilan hingga 12 minggu untuk pulih.
"Ia bukan kecederaan otot atau tisu lembut. Memandangkan pembedahan telah pun dibuat, ia membantu mempercepatkan proses pemulihan," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat pemeriksaan terhadap kecederaan Muhammad Zulfahmi di ISN di sini Isnin.
Berdasarkan kepada pemeriksaan yang dijalankan itu, Dr Ramlan berkata pelumba Moto3 itu dinasihatkan berehat untuk beberapa minggu lagi supaya ISN dapat memberi rawatan yang terbaik, bagaimanapun Zulfahmi memaklumkan kepadanya untuk mengambil risiko turun ke litar Jumaat ini.
"Saya berharap Zulfahmi dapat membuat keputusan yang terbaik selepas membuat ujian dengan motosikalnya pada Jumaat.
"Kata Zulfahmi ia penting untuk memuaskan hati beliau dan melihat sejauh mana beliau boleh beraksi. Bagaimanapun segala tindakan beliau itu adalah atas risiko sendiri," kata Dr Ramlan.
Pelumba Red Bull KTM Ajo yang berusia 21 tahun itu baru menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya di Hospital Universitario Quiron Dexeus, Barcelona, Sepanyol selepas terbabit dalam kemalangan perlumbaan Grand Prix Aragon minggu lepas.
Sebaik kembali dari Sepanyol, Muhammad Zulfahmi mendapat rawatan susulan di ISN dengan mendapat pemeriksaan daripada pegawai perubatan ISN Dr Kamarul Hashimy Hussien.
Bernama
Mon Oct 07 2013

AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.

Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.

Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol
Kunjungan tersebut memberi peluang buat mereka menyaksikan sesi latihan pasukan utama FC Barcelona dan melawat fasiliti latihan kelab berkenaan.

Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.

UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke PSG sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai lagi pemain berkaliber.

Lionel Messi kini ejen bebas
Kontrak pemain itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.

Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal
Para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing.

Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.

Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.

Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge
Messi, 33, kelihatan akan meninggalkan skuad Blaugrana itu selepas 19 tahun bersama kelab berkenaan.