Pemain pertahanan kiri Terengganu, Muhammad Zubir Mohd Azmi yang sebelum ini diketepikan akibat kecederaan, adalah antara 23 pemain dipanggil oleh pengendali sementara skuad Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee untuk sesi latihan pusat pasukan kebangsaan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan selain Muhammad Zubir, Kim Swee kembali menyenaraikan tujuh pemain yang diketepikan sebelum ini untuk sesi latihan berkenaan bagi menghadapi Laos dalam aksi pemanas badan di Stadium Thai Army, Bangkok, Thailand pada 8 Oktober ini.
Mereka ialah Izham Tarmizi Roslan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safee Sali (kesemuanya pemain Johor Darul Ta'zim - JDT); Shahrul Saad dan Christie Jayaseelan (Felda United); Mohd Hafiz Kamal (Pahang) dan pemain tengah Terengganu, Ismail Faruqi Ashari.
Kim Swee turut menyenaraikan 10 pemain dalam skuad simpanan bagi menggantikan pemain-pemain dipanggil yang disahkan oleh doktor pasukan mengalami kecederaan.
Pemain berkenaan ialah Ahmad Fakri Saarani (Kelantan); Mohd Nurridzuan Abu Hassan Saari (Perak); Joseph Kalang Tie dan Ronny Harun (Sarawak); Farhan Abu Bakar dan Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda B); Fazly Mazlan, S. Chanthuru, Gary Steven Robbat (JDT) dan pemain Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.
FAM memaklumkan kesemua 23 pemain berkenaan perlu melapor diri kepada Kim Swee pada Ahad ini (4 Okt) kecuali pemain pasukan Perak dan JDT pada Isnin (5 Okt).
Perak akan melayan kunjungan JDT pada aksi Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh pada 3 Okt.
Mengulas mengenai pemilihan pemain, Kim Swee berkata beliau terpaksa membuat pertukaran pemain selepas dua pemain pertahanan utama iaitu kapten Pahang, Mohd Razman Roslan dan pemain JDT, Junior Eldstal mengalami kecederaan.
Beliau mengakui bukan mudah menamakan 23 pemain, namun percaya pemilihan mereka terutamanya beberapa pemain baharu akan menguatkan pasukan di posisi tertentu bagi menghadapi Timor Leste pada aksi kelima Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Perbandaran Dili pada 13 Okt ini.
"Keputusan perlawanan berdepan Laos tetap juga perlu diambil serius kerana ia perlawanan persahabatan A yang melibatkan ranking. Tapi apa lebih penting ialah saya mahu melihat keserasian serta persefahaman antara pemain mengenai taktikal yang akan cuba diterapkan," kata Kim Swee seperti dipetik dalam laman sesawang FAM; www.fam.org.my.
Senarai 23 pelatih:
--------------------
Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Azammuddin Mohd Akil, Matthew Davies, Mohd Hafiz Kamal (kesemuanya pemain Pahang); Izham Tarmizi Roslan, S. Kunalan, Safiq Rahim, Mohd Amri Yahyah, Mohd Fadhli Shas, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safee Sali (JDT); Khairul Fahmi Che Mat, Amiridzwan Taj Tajudin, Wan Zack Haikal Wan Nor
(Kelantan); Muhammad Zubir Mohd Azmi, Ismail Faruqi Ashari (Terengganu). Shahrul Saad, Christie Jayaseelan (Felda United); Nazirul Naim Che Hashim, Adam Nor Azlin (Harimau Muda B); Ahmad Hazwan Bakri (Selangor); Mohamad Nasir Basharuddin (Perak), Baddrol Bakhtiar (Kedah).
Astro Arena
Tue Sep 29 2015
![Zubir Azmi kembali bersama Harimau Malaya Zubir Azmi kembali bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/Portals/0/Bola Sepak Malaysia 2014/21914ZubirAzmi.jpg)
Muhammad Zubir Mohd Azmi antara 23 pemain dipanggil oleh Datuk Ong Kim Swee untuk sesi latihan pusat pasukan kebangsaan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![Kurniawan pengendali baru Tambadau Kurniawan pengendali baru Tambadau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81576885779_KurniawanDwiYulian.jpg)
Kurniawan pengendali baru Tambadau
Kurniawan adalah penjaring terbanyak sepanjang masa Indonesia ketika ini dan beliau akan membimbing skuad Tambadau untuk tempoh semusim bermula 20 Dis.
![Zubir Azmi kembali bersama Harimau Malaya Zubir Azmi kembali bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/Portals/0/Bola Sepak Malaysia 2014/21914ZubirAzmi.jpg)
Zubir Azmi kembali bersama Harimau Malaya
Pemain pertahanan kiri Terengganu, Muhammad Zubir Mohd Azmi yang sebelum ini diketepikan akibat kecederaan, adalah antara 23 pemain dipanggil oleh pengendali sementara skuad Harimau Malaya Datuk Ong K
![Sukan Asia: Kad merah punca kekalahan - Kim Swee Sukan Asia: Kad merah punca kekalahan - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/61410758645_295x200.jpg)
Sukan Asia: Kad merah punca kekalahan - Kim Swee
Peluang skuad Harimau Muda A untuk meraih kemenangan ke atas Arab Saudi di Sukan Asia ke-17 lebur apabila pemain pertahanan Muhammad Zubir Mohd Azmi dibuang padang seawal minit ke-32.
9 pemain baru beraksi untuk Harimau Muda A
Sembilan pemain pasukan kelab dan negeri bersetuju bermain untuk Harimau Muda A musim depan.