Peluang skuad Harimau Muda A untuk meraih kemenangan ke atas Arab Saudi, sekali gus melangkah ke pusingan kedua Sukan Asia ke-17, lebur apabila pemain pertahanan Muhammad Zubir Mohd Azmi dibuang padang seawal minit ke-32 di Stadium Goyang, dekat sini, hari ini.
Biarpun tiada jaringan ketika itu, nasib skuad negara berubah apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selama 58 minit dengan Arab Saudi mengambil kesempatan melakukan serangan bertali arus.
Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee mengakui kekalahan itu banyak berpunca daripada layangan kad merah sehingga memberi kelebihan kepada Arab Saudi menguasai perlawanan.
"Sebelum perlawanan, Malaysia mempunyai peluang seimbang untuk menang walaupun pemain Arab Saudi mempunyai kelebihan dari segi fizikal," katanya kepada pemberita selepas pasukannya kalah 3-0.
Beliau menyifatkan tindakan pengadil Thailand, Pu Udom, melayangkan kad merah kepada Muhammad Zubir sebagai hukuman yang keterlaluan kerana mendakwa pemain itu hanya melakukan sedikit sentuhan terhadap pemain Arab Saudi.
"Pada pendapat peribadi saya, dengan insiden sedemikian Muhamad Zubir tidak sepatutnya dikenakan kad merah," katanya.
Skuad Harimau Muda A terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke pusingan kedua selepas hanya mampu menduduki tempat ketiga dalam kumpulan selepas kalah 3-0 masing-masing kepada Korea Selatan dan Arab Saudi dan menang 4-0 ke atas Laos.
Hanya dua pasukan teratas dalam setiap daripada lapan kumpulan mara ke pusingan kedua.
Mengulas masa hadapan skuad bimbinganya, Kim Swee berkata beliau risau dengan masalah kekurangan pemain bagi mengalas cabaran di Sukan SEA Singapura 2015 dan Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2017 nanti.
"Saya berharap usaha untuk mencari bakat baharu dapat diperhebatkan lagi kerana kita mungkin akan mengalami masalah kekurangan pemain pelapis pada masa hadapan," katanya.
Bernama
Sun Sep 21 2014

Peluang skuad Harimau Muda A untuk meraih kemenangan ke atas Arab Saudi di Sukan Asia ke-17 lebur apabila pemain pertahanan dibuang padang.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Kim Swee 'kunci mulut' berhubung masa depan bersama FAM
Datuk Ong Kim Swee mengambil sikap'kunci mulut'berhubung masa depan beliau bersama FAM selepas timbul beberapa laporan di media sosial mendakwa beliau bakal diberikan peranan khusus dalam skuad liga.

Sukan Asia: Kad merah punca kekalahan - Kim Swee
Peluang skuad Harimau Muda A untuk meraih kemenangan ke atas Arab Saudi di Sukan Asia ke-17 lebur apabila pemain pertahanan Muhammad Zubir Mohd Azmi dibuang padang seawal minit ke-32.

Peranan Ong Kim Swee masih diperlukan
Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan peranan Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee tetap diperlukan.

Sukan SEA: Harimau Muda yakin pertahan pingat emas buat kali ketiga
Pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee yakin dengan kemampuan gandingan pemain baharu dan tujuh pemain skuad Sukan SEA 2011 untuk mempertahankan gelaran pada Sukan SEA.

Irfan, Fadhli diikat kontrak dua tahun
Irfan Fazail dan Fadhli Shas Sah menjadi milik kelab sensasi tempatan Johor Darul Takzim bagi saingan liga, musim depan.

Harimau Muda A kembali sertai Liga S?
FAM memberi bayangan awal mengenai perancangan Harimau Muda A yang berkemungkinan kembali bersaing dalam Liga S di Singapura tahun depan.

9 pemain Harimau Muda A dilepaskan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melepaskan sembilan pemain Harimau Muda A untuk masing-masing membuat haluan baru, tahun depan.
Harimau Muda A uji pasukan Kemboja 6 Mac Ini
Harimau Muda A akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Kemboja di Phnom Penh, Kemboja dari 4 hingga 7 Mac ini.

TM janji insentif kepada skuad Harimau Muda A
Skuad Harimau Muda A mendapat berita baik apabila Telekom Malaysia menjanjikan insentif jika mereka menang pingat emas Sukan SEA Myanmar.

Wan Zack dan Wan Zaharulnizam ditawar beraksi bersama FC Ryukyu
Ketua Jurulatihnya, Ong Kim Swee mendedahkan dua pemainnya iaitu Wan Zack Haikal Wan Noor dan Wan Zaharulnizam Zakaria ditawarkan kontrak oleh kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu.