Datuk Ong Kim Swee mengambil sikap 'kunci mulut' berhubung masa depan beliau bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas timbul beberapa laporan di media sosial mendakwa beliau bakal diberikan
peranan khusus dalam skuad Liga Perdana Sabah, musim ini.
Bekas pengendali skuad Harimau Muda A itu, yang kini diberikan peranan selaku pencari bakat skuad B-23 ke Sukan SEA di Singapura, Jun ini, mengambil sikap berdiam diri berhubung isu tersebut kerana menghormati kontraknya bersama FAM yang tamat pada Disember ini.
"Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan berhubung spekulasi isu itu. Saya perlu menghormati kontrak bersama FAM," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Rabu.
Media hari ini melaporkan jurulatih berusia 45 tahun itu sedia mempertimbangkan tawaran daripada pasukan lain selepas FAM memutuskan untuk menggabungkan skuad Harimau Muda A dengan Harimau Muda B kendalian Razip Ismail pada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Belia, Disember lepas.
Berikutan daripada penggabungan tersebut, FAM membubarkan pasukan Harimau Muda A dan diganti dengan skuad Harimau Muda yang bakal menggalas cabaran negara pada Sukan SEA 2015 di Singapura nanti.
Penghijrahan Kim Swee ke Sabah turut dihangatkan dengan ketiadaan Pengarah Teknikal Sabah Rhino, George O'Callaghan pada sesi latihan skuad Sabah Rhino sejak beberapa hari lepas.
Beberapa laman sosial penyokong bola sepak Sabah turut mendakwa bahawa Kim Swee hadir pada aksi persahabatan antara pasukan berkenaan dengan Sarawak di Stadium Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching, minggu lepas.
Antara kejayaan yang pernah diraih Kim Swee sepanjang mengendalikan skuad Harimau Muda A adalah muncul juara Sukan SEA 2011 di Indonesia, juara Newspaper Cup pada 2012 di Vietnam serta Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 di Pahang.
Bernama
Wed Jan 14 2015

Media hari ini melaporkan jurulatih berusia 45 tahun itu sedia mempertimbangkan tawaran daripada pasukan lain selepas FAM memutuskan untuk menggabungkan skuad Harimau Muda A dengan Harimau Muda B kendalian Razip Ismail. - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Kim Swee 'kunci mulut' berhubung masa depan bersama FAM
Datuk Ong Kim Swee mengambil sikap'kunci mulut'berhubung masa depan beliau bersama FAM selepas timbul beberapa laporan di media sosial mendakwa beliau bakal diberikan peranan khusus dalam skuad liga.