KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia sekali lagi mengalami kekecewaan apabila tersingkir awal pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2021 di Bali hari ini.
Pemain berusia 23 tahun itu tewas kepada pemain Denmark Rasmus Gemke walaupun pada awalnya menguasai set pertama dengan 21-11, sebelum Gemke bangkit memenangi set kedua dengan 25-23 sebelum menang perlawanan penentuan 21-16.
Ini adalah kekalahan kedua Zii Jia kepada Rasmus selepas tersingkir pada pusingan pertama Masters Indonesia pada 16 Nov lepas, setelah terpaksa menamatkan saingan pada kedudukan 9-11 akibat kecederaan belakang dialaminya.
Mengulas mengenai perlawanan hari ini, Hendrawan mengakui Rasmus bermain dengan lebih baik daripada Zii Jia dalam dua set berikutnya.
Bagaimanapun, jurulatih dari Indonesia itu berkata beliau berasa lega kerana Zii Jia tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan yang baik selepas perlawanan hari ini.
Sementara itu pemenang pingat gangsa acara beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke pusingan kedua selepas mengetepikan cabaran Mark Lamsfuss-Marvin Seidel dari Jerman 25-23, 21-12.
Pasangan nombor enam dunia itu akan bertemu pasangan senegara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi selepas pasangan itu mengalahkan satu lagi pasangan negara Tan Kiang Meng-Tan Wee Kiong 21-11, 21-11.
Pasangan muda negara Goh Sze Fei-Nur Izuddin Mohd Rumsani juga layak ke pusingan kedua selepas mengalahkan pasangan dari Perancis Christo Popov-Toma Junior Popov, 22-20, 21-10.
Bagaimanapun pasangan muda negara itu akan menghadapi cabaran sukar apabila dijadualkan berhadapan dengan pasangan juara Olimpik Lee Yang-Wang Chi Lin, selepas pasangan dari Taiwan itu mengalahkan pasangan profesional negara Goh V Shem-Low Juan Shen 21-14, 21-16.
Kategori beregu wanita pula menyaksikan pasangan Pearly Tan-M.Thinaah melepasi pusingan pertama selepas terpaksa berhempas pulas sebelum menang ke atas pasangan Clara Azurmendi-Beatriz Corrales dari Sepanyol, 22-20, 21-19.
Pearly-Thinaah, pasangan pilihan kelapan kejohanan akan bertemu pasangan tuan rumah Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, selepas mereka menewaskan pasangan senegara Nita Violina Marwah-Putri Syaikah, 21-11, 21-15.
Keputusan lain
--------------------
(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan)
Beregu Campuran:
Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mn Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie 22-20, 21-17
Chen Tang Jie-Peck Yen Wei mn Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo (JPN) 19-21, 21-18, 21-15
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021

Ini adalah kekalahan kedua Zii Jia (gambar) kepada Rasmus selepas tersingkir pada pusingan pertama Masters Indonesia pada 16 Nov lepas. - Facebook Badminton Association of Malaysia - BAM

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.