Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, Muhammad Ziyad Zolkefli selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Zafirah Md Nasir pada pukul 9.32 malam, pada Jumaat.
Muhammad Ziyad, 26, juara acara lontar peluru T20 (masalah pembelajaran) dan Zafirah, 26, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Md Nasir Abd Wahab di kediaman pihak perempuan di Jalan Casuarina di sini.
Beliau sah bergelar suami selepas tiga kali lafaz semasa akad nikah dan menyerahkan mas kahwin RM3,000 beserta seutas gelang emas kepada Zafirah disaksikan kira-kira 200 tetamu.
Muhammad Ziyad yang segak berbaju Melayu berwarna krim tiba di pekarangan rumah pengantin perempuan kira-kira pukul 8.40 malam.
Manakala Zafirah yang merupakan anak kedua daripada enam beradik yang tampak manis dengan baju sedondon berwarna krim melemparkan senyuman gembira selepas ucap akad Muhammad Ziyad disahkan oleh tiga saksi.
Kisah cinta pasangan suami dan isteri ini bermula ketika kedua mereka menuntut di kolej swasta pada 2009 namun perhubungan mereka hanya bertahan selama empat bulan sahaja kerana Muhammad Ziyad tidak meneruskan pengajiannya di kolej itu selepas mendapat tawaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menjadi atlet sepenuh masa.
Hubungan mereka kemudiannya kembali bertaut pada 2011.
Muhammad Ziyad ketika ditemui berkata perasaan gementar yang dirasainya sebelum bernikah melebihi perasaan gementar ketika perlawanan.
"Sebelum ini memang saya tidak rasa gementar sangat tetapi perasaan itu muncul ketika sesi latihan untuk menyebut akad.
Ini merupakan lembaran baharu dalam hidup saya apabila bapa Zafirah telah menyerahkan tanggungjawabnya kepada saya dan kini saya memikul satu tanggungjawab yang besar iaitu suami," katanya.
Zafirah berkata beliau tertarik dengan keperibadian suaminya yang gemar membuat lawak, penyayang dan bertanggungjawab.
"Saya boleh tengok sikap bertanggungjawabnya ketika dia bersama keluarganya," katanya sambil menambah beliau akan terus menyokong karier suaminya.
Sementara itu, Md Nasir, 60, ketika ditemui berkata beliau berasa teruja dan sedikit gementar kerana buat kali pertamanya menerima menantu.
"Ini merupakan kali pertama saya menyambut menantu jadi rasa gugup tu ada. Apa pun saya mendoakan kebahagian anak saya dan suami pilihannya hingga akhir hayat.
Menyifatkan Muhammad Ziyad seorang yang bertanggungjawab, Md Nasir berkata menantunya itu juga seorang yang sangat hormatkan orang tua. -- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2016
![Wira Paralimpik, Ziyad, mulakan musim bahagia bersama Zafirah Wira Paralimpik, Ziyad, mulakan musim bahagia bersama Zafirah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61478880933_ZiyadZolkefli.jpg)
Beliau sah bergelar suami selepas tiga kali lafaz semasa akad nikah dan menyerahkan mas kahwin RM3,000 beserta seutas gelang emas.
![Siti Nurhaliza tak harap anak ikut jejak langkah jadi penyanyi Siti Nurhaliza tak harap anak ikut jejak langkah jadi penyanyi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723370357_Sitinurhaliza.jpg)
Siti Nurhaliza tak harap anak ikut jejak langkah jadi penyanyi
Siti tidak berselindung bahawa suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa, juga agak keberatan untuk membenarkan Siti Aafiyah menjadi penyanyi.
Fokus Minggu Depan: Untung nasib antara PRK Nenggiri & Mahkota
![Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke final keirin! Harapan pingat terakhir kembali menyubur Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke final keirin! Harapan pingat terakhir kembali menyubur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723373685_MuhammadShahFirdau.jpg)
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke final keirin! Harapan pingat terakhir kembali menyubur
Shah Firdaus berjaya mara ke pusingan akhir Keirin selepas pelumba Jepun K Ota terbatal
![PM UK Starmer batal cuti bersama keluarga, fokus tangani rusuhan PM UK Starmer batal cuti bersama keluarga, fokus tangani rusuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720312434_KeirStarmer.jpg)
PM UK Starmer batal cuti bersama keluarga, fokus tangani rusuhan
Perdana Menteri Britain Keir Starmer telah membatalkan rancangannya untuk bercuti ketika kerajaan terus memberi tumpuan kepada tindak balasnya berhubung kekacauan di negara itu.
Kerajaan pastikan pendidikan KAFA sentiasa ditambah baik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, antara usaha ini termasuk memastikan penggunaan buku-buku teks sebagai sumber terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran KAFA agar seiring dengan pendidikan arus perdana.
![Hampir 500 petugas kesihatan terkorban sejak serangan Israel ke atas Gaza Hampir 500 petugas kesihatan terkorban sejak serangan Israel ke atas Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719220445_medicalinstrument.jpg)
Hampir 500 petugas kesihatan terkorban sejak serangan Israel ke atas Gaza
Lebih daripada 310 petugas telah ditawan dan 130 ambulans telah dimusnahkan oleh tentera pendudukan Israel di Gaza.
Empat termasuk pengarah, timbalan pengarah jabatan ditahan
Empat individu termasuk dua berpangkat pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan di Melaka direman satu hingga tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah tahun lepas.
Mayat kedua tragedi bot karam ditemukan terapung
Mangsa kedua yang dikenali Shahril Ismail, 50 dikesan kira-kira jam 1 petang pada Ahad.
Angkasawan kaji kebolehan manusia sesuaikan diri di angkasa
Angkasawan Shenzhou-18, yang telah berada di angkasa lebih 100 hari, sedang mengkaji bagaimana biologi manusia menyesuaikan diri di angkasa semasa misi yang panjang.
FED adalah institusi bebas, Kamala tidak akan campur tangan
Naib Presiden, Kamala Harris menegaskan tidak akan campur tangan dengan sebarang keputusan Simpanan Persekutuan (FED) Amerika Syarikat sekiranya beliau menang pada Pilihan Raya Presiden 5 November nanti.
![Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698148375_TBziyad.jpg)
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
![Muhammad Ziyad 'tercabar' catatan rekod kebangsaan Jonah Muhammad Ziyad 'tercabar' catatan rekod kebangsaan Jonah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698148375_TBziyad.jpg)
Muhammad Ziyad 'tercabar' catatan rekod kebangsaan Jonah
Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui tercabar dengan kejayaan bintang dalam pembikinan Jonah Chang Rigan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan lontar peluru pada Kejohanan Balingan Asia 2023 di Mokpo.
![Ziyad raih perak di kejohanan dunia, tempah slot ke Paralimpik Paris Ziyad raih perak di kejohanan dunia, tempah slot ke Paralimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659287255_TBZIYAD.jpg)
Ziyad raih perak di kejohanan dunia, tempah slot ke Paralimpik Paris
Jaguh lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya menempah slot ke Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas meraih perak acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) di Paris, semalam.
![Ziyad pertahan gangsa, bakar semangat rampas kembali emas Paralimpik Ziyad pertahan gangsa, bakar semangat rampas kembali emas Paralimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683640519_MohdZiyadZulkifli.jpg)
Ziyad pertahan gangsa, bakar semangat rampas kembali emas Paralimpik
Kejayaan mempertahankan pingat gangsa dimenangi pada Sukan SEA 2023 benar-benar membakar semangat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.
![Pingat emas hadiah buat hari lahir anak - Muhammad Ziyad Pingat emas hadiah buat hari lahir anak - Muhammad Ziyad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659935538_TBziyad.jpg)
Pingat emas hadiah buat hari lahir anak - Muhammad Ziyad
"Saya menang pingat pada 1 Ogos, hari kelahiran anak lelaki saya, memang ini hadiah kemenangan buat anak saya Thariq Xavier."
![Sukan SEA Hanoi: Muhammad Ziyad selamatkan kem olahraga Sukan SEA Hanoi: Muhammad Ziyad selamatkan kem olahraga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652630860_TBZIYADOLAHRAGA.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Muhammad Ziyad selamatkan kem olahraga
Atlet para negara Muhammad Ziyad Zolkefli menjadi penyelamat kem olahraga negara ke Sukan SEA ke-31 hari ini, apabila berjaya menghadiahkan satu-satunya pingat dari acara trek dan padang.
![MPM perkenal surat aku janji kepada jurulatih MPM perkenal surat aku janji kepada jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/41581120435_DATUKSERIMEGAT.jpg)
MPM perkenal surat aku janji kepada jurulatih
Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata inisiatif itu juga bagi memupuk sifat profesionalisme dalam kalangan jurulatih serta atlet.
![Ziyad dibuktikan lewat tiba di bilik menunggu Ziyad dibuktikan lewat tiba di bilik menunggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630682405_MuhammadZiyadZolke.jpg)
Ziyad dibuktikan lewat tiba di bilik menunggu
KBS memandang serius isu ini dan akan memastikan ia tidak lagi berulang di masa akan datang.
![Paralimpik Tokyo 2020: Kontinjen negara akhiri saingan dengan pencapaian terbaik Paralimpik Tokyo 2020: Kontinjen negara akhiri saingan dengan pencapaian terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630855376_penutupan.jpg)
Paralimpik Tokyo 2020: Kontinjen negara akhiri saingan dengan pencapaian terbaik
Berakhirnya saingan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menyaksikan kontinjen Malaysia menamatkan saingan dengan pencapaian terbaik sepanjang penyertaan dalam saingan tersebut.
![Kontroversi Ziyad, satu pengajaran yang mahal harganya - CDM Kontroversi Ziyad, satu pengajaran yang mahal harganya - CDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630848963_MegatDShahriman.jpg)
Kontroversi Ziyad, satu pengajaran yang mahal harganya - CDM
Ia satu pengajaran yag besar buat Malaysia terutama bagi jurulatih untuk lebih bersedia pada masa hadapan.