SEPANG: Jaguh olahraga negara Muhammad Ziyad Zolkefli menyifatkan kemenangannya menggenggam pingat emas di Sukan Para ASEAN (APG) ke-11, Solo, Indonesia sebagai hadiah hari lahir anak lelakinya.
Pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 dan dua kali juara dunia pada 2013 itu sememangnya tidak menyangka dapat menyumbang pingat pertama buat negara bagi acara lontar peluru F20 (masalah intelektual) di temasya tersebut.
"Saya menang pingat pada 1 Ogos, hari kelahiran anak lelaki saya, memang ini hadiah kemenangan buat anak saya Thariq Xavier," katanya yang gembira disambut isteri dan ahli keluarga ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Beliau yang sanggup meninggalkan isterinya yang sedang sarat mengandung untuk beraksi di temasya berkenaan demi negara turut mendedikasikan pingat tersebut buat isterinya Zafira Nasir.
Muhammad Ziyad juga memaklumkan, kemenangan yang diperoleh akan menjadi pembakar semangat buatnya untuk menambah koleksi emas di Kejohanan Dunia Para Powerlifting 2023 di Dubai.
"Selepas ini mungkin saya hanya akan rehat dua ke tiga hari sahaja sebab saya nak pulun untuk kejar emas seterusnya untuk temasya sukan tahun hadapan.
"Sasaran saya juga nak kekalkan gelaran emas saya untuk APG ke-12 di Kemboja," katanya.
Muhammad Ziyad meraih pingat emas keempat berturut-turutnya di APG sejak edisi 2013, dengan lontaran sejauh 16.92 meter (m), bagi acara lontar peluru lelaki F20.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022

"Saya menang pingat pada 1 Ogos, hari kelahiran anak lelaki saya, memang ini hadiah kemenangan buat anak saya Thariq Xavier." - Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Para SUKMA: Badrul Hisam lupakan YouTube, kutip ilmu Muhammad Ziyad
Badrul Hisam Musa kini mendapat tunjuk ajar secara langsung daripada jaguh negara Muhammad Ziyad Zolkefli.

Sukan Paralimpik Paris 2024: Syabas dan tahniah Ziyad - PM Anwar
Muhammad Ziyad melakukan 17.18 meter (m) dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara.

Paralimpik Paris 2024: Kilauan perak padam 'episod hitam' Muhammad Ziyad
Atlet itu hadir 20 minit lebih awal ke bilik panggilan di Stade de France sebelum memulakan aksi acara lontar peluru lelaki F20 semalam.

Paralimpik Paris 2024: Muhammad Ziyad akur dengan perak
Muhammad Ziyad melakukan 17.18m untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara, selepas pulang tangan kosong pada edisi lepas.

Paris 2024: Menanti 'amukan' Ziyad, emas sulung Liek Hou ceriakan kontinjen negara
Ziyad sudah semestinya diharapkan dapat merampas emas yang pernah dimenanginya pada Sukan Paralimpik Rio 2016.

Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.

Muhammad Ziyad 'tercabar' catatan rekod kebangsaan Jonah
Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui tercabar dengan kejayaan bintang dalam pembikinan Jonah Chang Rigan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan lontar peluru pada Kejohanan Balingan Asia 2023 di Mokpo.

Ziyad raih perak di kejohanan dunia, tempah slot ke Paralimpik Paris
Jaguh lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya menempah slot ke Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas meraih perak acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) di Paris, semalam.

Ziyad pertahan gangsa, bakar semangat rampas kembali emas Paralimpik
Kejayaan mempertahankan pingat gangsa dimenangi pada Sukan SEA 2023 benar-benar membakar semangat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.

Pingat emas hadiah buat hari lahir anak - Muhammad Ziyad
"Saya menang pingat pada 1 Ogos, hari kelahiran anak lelaki saya, memang ini hadiah kemenangan buat anak saya Thariq Xavier."