KUALA LUMPUR: Jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui 'tercabar' dengan kejayaan bintang dalam pembikinan Jonah Chang Rigan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan lontar peluru pada Kejohanan Balingan Asia 2023 di Mokpo, Korea Selatan, baru-baru ini.
Juara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) Sukan Paralimpik 2016 itu berkata kejayaan dilakar Jonah, yang merekodkan 17.67 meter (m) sekali gus memecahkan rekod kebangsaan 12 tahun milik Adi Alifuddin Hussin ketika Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia (17.54m), sudah semestinya membakar semangatnya untuk cuba menyaingi atlet dari Sarikei, Sarawak itu.
''Bila ada pesaing macam Jonah, kita akan bersaing dengan sihat. Insya-Allah saya akan cuba lakukan lontaran berhampiran dengan dia punya jarak,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Walaupun bergelar atlet para, Muhammad Ziyad pernah bersaing dengan atlet normal selain menyumbang beberapa pingat untuk negara termasuk gangsa pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, Mei lepas dengan catatan 17.30m.
Atlet berusia 33 tahun itu juga pernah membuat lontaran 17.94m yang melepasi rekod kebangsaan dicatat Adi Alifuddin, sewaktu beraksi pada Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, sebelum penyertaannya dibatalkan susulan lewat tiba ke bilik panggilan sebelum turun beraksi di Stadium Olimpik Tokyo.
Muhammad Ziyad pada masa sama berazam untuk memadamkan rekod dunia lontar peluru F20 dipegang Maksym Koval iaitu 17.57m dengan melakukan lontaran 18m di Sukan Paralimpik 2024 sekali gus merampas emas dari wakil Ukraine itu.
Minggu lepas, atlet kelahiran Selangor itu sekali lagi membuktikan penguasaannya di benua Asia selepas mempertahankan pingat emas lontar peluru F20 pada Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022 dengan catatan 16.65m.
Beliau mengatasi rakan senegara Mohamad Aliff Mohamad Awi, yang merangkul perak dengan catatan 13.75m, manakala atlet Thailand Sanepoot Boonkong memenangi gangsa (13.67m) pada aksi berlangsung di Stadium Pusat Sukan Huanglong.
Lebih manis, pencapaian membanggakan di APG Hangzhou menyaksikan beliau melakar kejayaan 'hatrik' memenangi emas lontar peluru F20 selepas menjuarai dua edisi terdahulu di Incheon, Korea Selatan pada 2014 diikuti Jakarta-Palembang, Indonesia pada 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023

Muhammad Ziyad pernah membuat lontaran 17.94m dan melepasi rekod kebangsaan dicatat Adi Alifuddin, sewaktu beraksi pada Sukan Paralimpik 2020, sebelum penyertaannya dibatalkan susulan lewat tiba ke bilik panggilan sebelum turun beraksi. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Para SUKMA: Badrul Hisam lupakan YouTube, kutip ilmu Muhammad Ziyad
Badrul Hisam Musa kini mendapat tunjuk ajar secara langsung daripada jaguh negara Muhammad Ziyad Zolkefli.

Sukan Paralimpik Paris 2024: Syabas dan tahniah Ziyad - PM Anwar
Muhammad Ziyad melakukan 17.18 meter (m) dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara.

Paralimpik Paris 2024: Kilauan perak padam 'episod hitam' Muhammad Ziyad
Atlet itu hadir 20 minit lebih awal ke bilik panggilan di Stade de France sebelum memulakan aksi acara lontar peluru lelaki F20 semalam.

Paralimpik Paris 2024: Muhammad Ziyad akur dengan perak
Muhammad Ziyad melakukan 17.18m untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara, selepas pulang tangan kosong pada edisi lepas.

Paris 2024: Menanti 'amukan' Ziyad, emas sulung Liek Hou ceriakan kontinjen negara
Ziyad sudah semestinya diharapkan dapat merampas emas yang pernah dimenanginya pada Sukan Paralimpik Rio 2016.

Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.

Muhammad Ziyad 'tercabar' catatan rekod kebangsaan Jonah
Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui tercabar dengan kejayaan bintang dalam pembikinan Jonah Chang Rigan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan lontar peluru pada Kejohanan Balingan Asia 2023 di Mokpo.

Ziyad raih perak di kejohanan dunia, tempah slot ke Paralimpik Paris
Jaguh lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya menempah slot ke Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas meraih perak acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) di Paris, semalam.

Ziyad pertahan gangsa, bakar semangat rampas kembali emas Paralimpik
Kejayaan mempertahankan pingat gangsa dimenangi pada Sukan SEA 2023 benar-benar membakar semangat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.

Pingat emas hadiah buat hari lahir anak - Muhammad Ziyad
"Saya menang pingat pada 1 Ogos, hari kelahiran anak lelaki saya, memang ini hadiah kemenangan buat anak saya Thariq Xavier."