KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) memperkenalkan surat aku janji kepada barisan jurulatih sebagai langkah proaktif bagi memastikan insiden menimpa jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tidak berulang.
Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata inisiatif itu juga bagi memupuk sifat profesionalisme dalam kalangan jurulatih serta atlet supaya mereka menjalankan tanggungjawab dengan lebih teliti dan efektif.
Beliau berharap langkah tersebut yang akan mula diguna pakai pada Sukan Para Remaja Asia (AYPG) 2021 di Bahrain, Disember ini, dapat menghindari tragedi malang seperti dilalui Muhammad Ziyad dan jurulatihnya, Mohd Faizol Harun di Tokyo, Ogos lepas.
"Surat aku janji merupakan satu garis panduan atau checklist yang menyenaraikan tujuan atlet dan jurulatih serta peranan mereka dalam pertandingan tersebut.
"Saya juga nak memastikan atlet yang bertanding khususnya di luar negara tidak mengambil kesempatan mengambil cuti peribadi dan mengabaikan tugas mereka.
"Selain itu, atlet dan jurulatih tersebut boleh disabitkan di mahkamah jika didapati melanggar mana-mana peraturan yang tertakluk dalam surat itu," katanya pada sidang media majlis pelancaran AYPG 2021 dan Sukan Para Asia 2022 di sini, pada Selasa.
Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang juga rekod baharu dunia, pada temasya berkenaan sekali gus gagal mengulangi kejayaan diraih pada edisi Sukan Paralimpik Rio 2016.
Beliau diklasifikasikan sebagai 'Did Not Start (DNS)' atau tidak bermula susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine, yang mendakwa Muhammad Ziyad lewat melapor diri di bilik panggilan sebelum pertandingan berlangsung.
Kontroversi melanda hari ketujuh temasya itu menyaksikan atlet Ukraine Maksym Koval diumum sebagai pemenang pingat emas dengan lontaran 17.34m sekali gus, memecahkan rekod dunia milik Muhammad Ziyad iaitu 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Megat D Shahriman berkata MPM enggan meletakkan tekanan tinggi kepada kontinjen negara yang rata-rata dibarisi atlet pelapis di AYPG 2021 apabila tidak menyasarkan sebarang sasaran pingat di temasya yang akan berlangsung di Manama itu.
Beliau mengakui agak sukar untuk mengulangi pencapaian lima pingat emas, dua perak dan tiga gangsa ketika edisi 2017 di Dubai, namun percaya ia adalah platform kepada atlet baharu menguji dan membuktikan keupayaan mereka.
AYPG 2021 dijadual berlangsung dari 2 hingga 6 Dis, manakala Sukan Para Asia 2022 akan diadakan di Hangzhou, China pada 9 hingga 15 Okt.
Seramai 14 atlet negara bakal mengambil bahagian di AYPG 2021 dalam enam jenis sukan iaitu olahraga, renang, ping pong, boccia, badminton dan powerlifting.
Dalam pada itu, Megat D Shahriman berkata bekas Setiausaha Agung MPM Siti Zaharah Abdul Khalid dilantik sebagai Chef De Mission (CDM) ke AYPG 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Megat D Shahriman Zaharudin berkata inisiatif itu juga bagi memupuk sifat profesionalisme dalam kalangan jurulatih serta atlet supaya mereka menjalankan tanggungjawab dengan lebih teliti dan efektif. -Gambar fail
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
Belanjawan 2025: MPM mohon dana RM10 juta untuk program akar umbi
Majlis Paralimpik Malaysia berharap kerajaan mempertimbangkan pemberian dana RM10 juta kepada majlis itu menerusi Belanjawan 2025.
MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.
[KOLUMNIS] Reputasi tercalar, pencapaian kurang gah di Paris 2024
Pencapaian atlet paralimpik negara selama ini tidak pernah mengecewakan, malah menghasilkan kejayaan cemerlang, namun, tidak pada edisi kali ini.
Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris
Seramai 17 atlet negara telah meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 Sept ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Belum masa tuai pingat dua angka di Paris - MPM
Majlis Paralimpik Malaysia berpendapat, kontinjen negara belum bersedia untuk menuai keseluruhan pingat mencecah dua angka pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula Ogos ini.
Majlis Paralimpik Malaysia tubuh Majlis Atlet
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumumkan penubuhan Majlis Atlet bagi mematuhi dasar ditetapkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC).
Empat emas di Paralimpik Paris 2024 realistik - Megat
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) kekal menaruh harapan untuk melihat kontinjen negara menuai empat pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
MPM minta tambahan dana RM50 juta setahun bagi pembangunan sukan para
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berharap kerajaan akan menambah peruntukan dana kepada sekurang-kurangnya RM50 juta setahun bagi membolehkan program pembangunan atlet para.
Sasaran 35 pingat tanpa warna di Sukan Para Asia 2022 Hangzhou - MPM
Majlis Paralimpik Malaysia menetapkan keseluruhan 35 pingat bagi kontinjen negara ke Sukan Para Asia Hangzhou 2022, China, minggu depan.
Renang para kini di bawah PREPMA
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) telah membuat keputusan untuk memindahkan tadbir urus renang para daripada Persekutuan Renang Malaysia (MAS) kepada Persatuan Renang Para Malaysia (PREPMA).