KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) kekal menaruh harapan untuk melihat kontinjen negara menuai empat pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Presidennya Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata empat emas bukan sasaran rasmi tetapi merupakan matlamat yang ditetapkan untuk bekerja keras bagi mencapai harapan itu.
Tanpa memaklumkan sukan yang menjadi sandaran, Megat berkata empat emas adalah jumlah yang realistik berdasarkan persembahan barisan atlet sepanjang tahun ini antaranya pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022, Oktober lepas dan di Kejohanan Dunia.
"Empat emas adalah objektif yang kami tengok realistik untuk kami capai, kami nak kumpulkan 10 pingat emas daripada Sukan Paralimpik (selepas pencapaian tiga emas masing-masing di Rio 2016 dan Tokyo 2020).
"Empat emas bukan sasaran rasmi tetapi itulah sasaran yang kami buat hasil penelitian dari awal tahun ini sehingga sekarang dan ia sangat penting untuk kami," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Wang Tajaan Pemenang Pingat Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Megat tidak melihat jumlah empat emas sebagai satu tekanan kepada kontinjen negara tatkala negara lain berani meletakkan sasaran emas jauh lebih tinggi.
Terdahulu, pada majlis diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan di sini yang bersempena Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Antarabangsa 2023 itu, barisan pemenang pingat pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou menerima insentif berupa wang tunai.
Insentif yang diberikan itu menyaksikan pemenang pingat emas menerima RM2,000, pingat perak (RM1,000) dan gangsa RM500.
Kontinjen Malaysia membawa pulang keseluruhan 39 pingat sekali gus mengatasi sasaran 35 pingat, dengan pecahan tujuh emas, 15 perak dan 17 gangsa pada temasya sukan empat tahun sekali itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023

Megat (kiri) hadir pada Majlis Penyampaian Wang Tajaan Pemenang Pingat Sempena Temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di Pusat Kecemerlangan Paralimpik, Kuala Lumpur, 3 Dis 2023. --fotoBERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.