KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia, Rexy Mainaky mahu naib juara Terbuka Indonesia 2024, Man Wei Chong-Tee Kai Wun lebih berani 'menekan' lawan yang juga gandingan handalan dunia.
Beliau berkata, berdasarkan pengamatannya, pasangan negara beraksi dengan sangat konsisten sejak pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 1000 itu sebelum tewas pada aksi final kepada pilihan kedua dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, 21-19, 16-21, 12-21 di gelanggang ikonik Istora Senayan, Jakara, semalam.
"Persembahan mereka di Masters Malaysia dan Terbuka Singapura biasa sahaja namun sejak pusingan pertama Terbuka Indonesia sehingga pusingan pertama semalam mereka sangat konsisten.
"Bagaimanapun, mereka perlu menggunakan peluang di depan mata untuk lebih berani ambil keputusan dan berikan tekanan kepada lawan mereka," katanya kepada Bernama.
Pencapaian pasangan negara itu wajar mendapat pujian dengan mempamerkan peningkatan ketara mara ke final Super 1000 buat julung kalinya selepas tersingkir di pusingan pertama sebanyak lima kali sebelum ini.
Antara keputusan menarik dilakar gandingan ke-20 dunia di Terbuka Indonesia 2024 apabila mengejutkan pasangan ketiga dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 20-22, 21-16, 21-17di pusingan pertama.
Mereka juga berjaya melenyapkan sorakan padu penyokong di Istora Senayan menyingkirkan pasangan tuan rumah Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, 29-27, 21-13 pada saingan separuh akhir.
Bulan lepas, Wei Chong-Kai Wun terkandas di suku akhir Masters Malaysia 2024 kepada He Ji Ting-Ren Xiang Yu dari China, 21-18, 21-16 diikuti tumbang di pusingan kedua Terbuka Singapura 2024 kepada gandingan keempat dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, 21-10, 20-22, 19-21.
Rexy pada masa sama menuntut Wei Chong-Kai Wun untuk terus fokus dan berusaha berada sebaris pasangan terbaik dunia satu hari nanti.
Keputusan semalam merupakan pencapaian podium pertama mereka sejak bergelar naib juara Terbuka Artik 2023di Vantaa, Finland, Oktober tahun lepas. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Pencapaian pasangan negara itu wajar mendapat pujian dengan mempamerkan peningkatan ketara mara ke final Super 1000 buat julung kalinya selepas tersingkir di pusingan pertama sebanyak lima kali sebelum ini. - Gambar fail/PBSI via Bernama

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

Cedera: Zii Jia tarik diri Terbuka Swiss minggu hadapan
Pemain berusia 26 tahun itu cedera pada ligamen buku lalinya yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.

All England: Wei Chong-Kai Wun tersingkir awal
Pasangan yang berada di ranking ketujuh itu tewas kepada gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-15, 21-8 dalam perlawanan berlangsung selama 32 minit.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Pei Jing mahu tamatkan gandingan dengan Kian Meng tanpa penyesalan
Selepas hampir sembilan tahun bergandingan dalam beregu campuran, Lai Pei Jing tekad mengakhiri perjalanan bersama Tan Kian Meng dengan prestasi terbaik tanpa dibayangi tekanan atau penyesalan, pada K

Masters Orleans: Zii Jia mara ke suku akhir
Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis hari ini.

Masters Orleans: Zii Jia mara ke pusingan kedua
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan kedua Masters Orleans selepas menumpaskan wakil Taiwan, Chi Yu Jen, di pusingan pertama hari ini.

Pearly fokus latihan fizikal, tingkatkan stamina
Pearly berkata perkara ini penting memandangkan bulan lepas tiada sebarang kejohanan disertai bersama gandingannya M Thinaah.

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.