KUALA LUMPUR: Skuad hoki senior dan remaja lelaki kebangsaan dibubarkan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada pemain untuk mengharungi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal berkata wajah baharu skuad kebangsaan akan 'dijelmakan' selepas tamat saingan liga yang akan berlangsung dari 1 Feb hingga 9 Mac depan.
Beliau berkata kontrak membabitkan jurulatih bagi kedua-dua skuad itu juga telah tamat dengan ketetapan selepas sesebuah kejohanan disertai skuad kebangsaan berakhir.
"Maksudnya pasukan kebangsaan lelaki dan pasukan kebangsaan remaja lelaki dibubarkan. Semua pemain akan turun bermain untuk kelab masing-masing dalam saingan MHL 2024.
"Tiada pasukan kebangsaan buat masa ini dan kita akan membina pasukan baharu selepas liga tamat. Sekarang ini kontrak jurulatih juga sudah tamat," katanya pada sidang media di MHC, Bukit Jalil di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata situasi berbeza buat skuad hoki wanita kerana mereka diletakkan di bawah pelan jangka panjang selama enam tahun oleh badan induk sukan hoki negara itu.
Beliau berkata, nasib ketua jurulatih skuad senior wanita Mohd Nasihin Nubli Ibrahim masih belum diketahui dan ia tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Kejurulatihan.
Dalam perkembangan lain, pengendali skuad senior A. Arulselvaraj akan menyerahkan laporan penuh prestasi Speedy Tigers selewat-lewatnya Ahad ini untuk penilaian Jawatankuasa Kejurulatihan MHC.
Pasukan senior kebangsaan gagal dalam misi untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 apabila terlepas pingat emas di Sukan Asia Hangzhou susulan menamatkan saingan di tempat keenam.
Malaysia yang kemudiannya beraksi di pusingan kelayakan di Muscat, Oman turut gagal mengesahkan tiket ke Paris apabila mengakhiri kempen di tempat kelima.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024

Subahan berkata, kontrak membabitkan jurulatih bagi skuad hoki senior dan remaja lelaki kebangsaan juga telah tamat dengan ketetapan selepas sesebuah kejohanan disertai skuad kebangsaan berakhir. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.

Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.

KHM akan lantik empat pembantu jurulatih untuk skuad remaja
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bakal melantik empat jurulatih tambahan bagi membantu ketua jurulatih skuad kebangsaan Sarjit Singh mengendalikan skuad remaja negara pada masa akan datang.

Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini
Pengumuman ketua jurulatih baharu dijangka diumumkan Subahan selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama persatuan itu pagi ini.

Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.

Hoki 5s bakal dipertandingkan di Sukan SEA 2025 - Subahan
Maklumat diterima daripada Presiden Persatuan Hoki Thailand yang memperjuangkan acara tersebut untuk dipertandingkan pada Sukan SEA.

Wajah baharu skuad hoki kebangsaan selepas tamat liga MHL 2024
Wajah baharu skuad kebangsaan akan 'dijelmakan' selepas tamat saingan liga yang akan berlangsung dari 1 Feb hingga 9 Mac depan.

MHC perlu RM12 juta untuk harungi musim 2024 - Subahan
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memerlukan sekurang-kurangnya RM12 juta bagi menampung perbelanjaan dan melicinkan pengurusan persatuan dalam mengharungi musim 2024.

Skuad hoki 5s Malaysia bawa cabaran negara ke Piala Dunia 2024 di Oman
Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki dan wanita negara akan beraksi di kejohanan sulung Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Muscat, Oman pada 24-31 Jan tahun depan.

Hoki: KHM kecewa pencapaian Young Tigers di JWC 2023
Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal kecewa dengan prestasi ditunjukkan oleh skuad hoki remaja negara di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023.