KUALA LUMPUR: Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal kecewa dengan prestasi ditunjukkan oleh skuad hoki remaja negara, yang hanya mampu mengakhiri Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki (JWC) 2023 di tempat ke-12.
Subahan berkata skuad hoki negara perlu keluar daripada terus terbelenggu dengan masalah sukar mengekalkan konsistensi dalam perlawanan, sekiranya mahu cemerlang dalam kejohanan besar pada masa akan datang.
"Bagaimanapun Young Tigers nampak peningkatan, kita hanya perlu pastikan pemain ini dibentuk untuk menjadi pasukan terbaik, konsistensi sangat penting untuk bermain, bukan sahaja dalam pasukan muda tapi pasukan senior lelaki dan wanita.
"Ada kalanya mereka main seperti jaguh dunia, ada kalanya mereka bermain seperti tidak pernah bermain hoki, dan masalah ini yang boleh diselesaikan oleh jurulatih," katanya kepada pemberita pada sidang media pengumuman tajaan jersi skuad hoki ke Piala Dunia Hoki 5's di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Subahan berkata terdapat sembilan pemain muda yang dikenal pasti layak beraksi di Piala Remaja Asia 2024 pada Ogos tahun depan, iaitu kelayakan untuk ke pentas Piala Dunia Remaja 2025, dan mereka akan diberi latihan serta pendedahan mencukupi.
Semalam, Young Tigers terpaksa akur mengakhiri kempen JWC 2023 di tempat ke-12, selepas dikecewakan New Zealand 4-3 menerusi penentuan pukulan penalti, apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi klasifikasi tempat ke-11 dan ke-12, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Ia sekali gus menyaksikan pasukan di bawah kendalian Muhamad Amin Rahim mengalami kekecewaan berganda, kerana gagal melunaskan misi mengakhiri JWC 2023 di tempat ke-11, setelah turut terlepas dua sasaran awal iaitu layak ke suku akhir dan menamatkan kejohanan di tempat kesembilan.
Sementara itu, mengulas mengenai kedudukan Ketua Jurulatih Skuad Remaja Lelaki Muhamad Amin, Subahan berkata segala keputusan berkenaan hanya ditentukan oleh pengerusi kejurulatihan yang baharu dan pengerusi Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan.
Kedua-dua jawatankuasa itu, katanya akan bermesyuarat sebelum membentangkan laporan prestasi pasukan secara keseluruhan kepada KHM, seterusnya menentukan sama ada akan mengekalkan jurulatih berusia 49 tahun itu ataupun sebaliknya.
"Saya cuma presiden, kita ada jawatankuasa yang akan terus mengadakan perbincangan bagi menentukan sama ada cadangkan jurulatih baharu atau kekalkan sedia ada," katanya.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai sambutan hambar daripada penonton terhadap penganjuran JWC 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Subahan berkata ia sudah dijangkakan kerana kejohanan itu diadakan di kawasan bandar.
"Bila kita buat di bandar besar memang sambutan kurang. Sebab itu India anjurkan di luar bandar, apatah lagi teknologi sekarang orang kawasan bandar lebih cenderung menonton perlawanan siaran langsung melalui peranti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023

Subahan (tengah) menunjukkan jersi pasukan hoki 5s kebangsaan pada sidang media mengenai penaja baharu Young Tigers Sport di Stadium Hoki Nasional hari ini. - Foto Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.

KHM akan lantik empat pembantu jurulatih untuk skuad remaja
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bakal melantik empat jurulatih tambahan bagi membantu ketua jurulatih skuad kebangsaan Sarjit Singh mengendalikan skuad remaja negara pada masa akan datang.

Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.

'Habuan' menanti skuad hoki 5s lelaki negara - Subahan
Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara bakal menerima habuan sewajarnya susulan kejayaan mara ke pentas final edisi sulung kejohanan Piala Dunia Hoki 5s 2024 berlangsung di Muscat, Oman.

Arul sedia terima sebarang keputusan KHM
Arul berkata beliau mempunyai perancangan tersendiri buat pasukan kebangsaan sekiranya KHM masih terus memberi peluang kepadanya.

MHC perlu RM12 juta untuk harungi musim 2024 - Subahan
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memerlukan sekurang-kurangnya RM12 juta bagi menampung perbelanjaan dan melicinkan pengurusan persatuan dalam mengharungi musim 2024.

Hoki: KHM kecewa pencapaian Young Tigers di JWC 2023
Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal kecewa dengan prestasi ditunjukkan oleh skuad hoki remaja negara di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023.

Salur peruntukan cukup kepada ISN - Subahan
Ia bagi memastikan ISN dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada persatuan sukan kebangsaan tanpa memikirkan kekangan kewangan.

Subahan menang tanpa bertanding presiden KHM penggal ketiga berturut-turut
Datuk Seri Subahan Kamal hari ini secara rasmi mempertahankan jawatan nombor satu Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi penggal 2023-2027.

Young Tigers perlu segera baiki kelemahan untuk saingan Piala Dunia Remaja
Skuad remaja kebangsaan perlu memperbaiki segera beberapa kelemahan sebelum menghadapi kejohanan Piala Dunia Remaja bulan depan.