PUTRAJAYA: Datuk Seri Subahan Kamal hari ini secara rasmi mempertahankan jawatan nombor satu Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi penggal 2023-2027.
Pada pemilihan diadakan sempena mesyuarat agung tahunan KHM di sini, beliau mempertahankan jawatan Presiden selepas menang tanpa bertanding buat penggal ketiga berturut-turut.
Subahan kali pertama menyandang jawatan itu pada 2015, selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (ketika itu Tengku Mahkota Pahang) melepaskan jawatan berkenaan susulan komitmen sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta Exco Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) bagi benua Asia.
Dua Naib Presiden - Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak (lelaki) dan Datin Mary Sadiah Zainuddin (wanita) - 'naik pangkat' ke jawatan Timbalan Presiden selepas menang tanpa bertanding, setelah dua penyandang iaitu Jagadish Chandra Bipin Chandra tidak bertanding manakala Prof Datuk Dr S. Shamala telah melepaskan jawatan itu pada Januari lepas.
Hanya lima jawatan Naib Presiden lelaki menyaksikan perebutan pada kali ini dalam pertandingan enam penjuru, yang dimenangi S. Ganesan dan Shurizan Mansor (masing-masing 26 undi), Datuk Mohd Saiyuti Abd Samat (25), Hasnizam Hassan (23) serta Datuk Seri Anil Jeet Singh (15).
M. Gobinathan terlepas jawatan itu setelah hanya mendapat enam undi, manakala dua kerusi bagi wanita menjadi milik Rogayah Mohamad dan Zaililah Md Tahir, yang menang tanpa bertanding.
Bercakap pada sidang media selepas pemilihan, Subahan berkata cabaran terbesar buatnya sejak menerajui KHM pada 2015 adalah mengharapkan prestasi konsisten daripada pasukan kebangsaan, walaupun pihaknya sudah menyediakan segala-galanya kepada mereka.
"Pemain perlu memahami bahawa ia bukan sahaja tugas kami (pengurusan), tetapi tanggungjawab mereka perlu bertenaga apabila beraksi dalam mana-mana kejohanan utama. Tak pernah ada masalah gaji, kami juga membayar gaji kepada jurulatih dan pemain, saya berani cakap beberapa jurulatih kita dibayar setinggi bayaran kepada jurulatih bola sepak, gaji sangat tinggi, malah pemain dibayar dengan baik oleh kami dan kelab dalam liga.
"Kami membawa pemain ke Eropah dan juga benua lain, menyediakan khidmat sains sukan dan psikologi, manakala jurulatih digaji dalam kalangan yang terbaik. Tetapi pemain gagal untuk beraksi ketika kita mengharapkan kemenangan dan inilah cabaran bagi saya.
"Kami antara pasukan terbaik dunia, pada hari-hari tertentu, kami dapat menewaskan mana-mana pasukan. Pada Piala Dunia 2023, kami hampir menumbangkan Sepanyol sebelum tewas 4-3 menerusi penentuan penalti (dalam perlawanan suku akhir), namun pada hari yang malang, kita boleh ditewaskan oleh pasukan yang lebih lemah. Konsistensi adalah sesuatu isu yang perlu kita tangani,"
Beliau berkata misi penting dalam masa terdekat adalah menjayakan penganjuran Piala Dunia Remaja lelaki di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bermula 5-16 Dis, serta kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di Muscat, Oman dan Valencia, Sepanyol masing-masing bagi skuad lelaki dan wanita negara pada Januari.
Subahan berkata pihaknya juga dalam perbincangan dengan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan antarabangsa di Malaysia, selain berusaha meningkatkan standard dan kesedaran mengenai hoki di negara ini.
Dalam pada itu, KHM menerusi kenyataan mengumumkan bahawa Subahan telah melantik beberapa pengerusi jawatankuasa yang terlibat dengan penganjuran Piala Dunia Remaja pada mesyuarat Ahli Lembaga Eksekutif 2023-2027 pertama sejurus selepas pemilihan tersebut bagi memastikan kejohanan itu berjalan dengan lancar.
Pengerusi Jawatankuasa yang dilantik:
Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan: Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak
Jawatankuasa Pertandingan: Datuk Seri Anil Jeet Singh
Jawatankuasa Pengadilan: Ranjit Singh Gurdial Singh
Jawatankuasa Perundangan: Jadadish Chandra Bipin Chandra
Bendahari KHM: S. Selvendran
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023

Datuk Seri Subahan Kamal hari ini secara rasmi mempertahankan jawatan nombor satu Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi penggal 2023-2027. - Gambar fail/BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.

Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.

KHM akan lantik empat pembantu jurulatih untuk skuad remaja
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bakal melantik empat jurulatih tambahan bagi membantu ketua jurulatih skuad kebangsaan Sarjit Singh mengendalikan skuad remaja negara pada masa akan datang.

Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini
Pengumuman ketua jurulatih baharu dijangka diumumkan Subahan selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama persatuan itu pagi ini.

Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.

Hoki 5s bakal dipertandingkan di Sukan SEA 2025 - Subahan
Maklumat diterima daripada Presiden Persatuan Hoki Thailand yang memperjuangkan acara tersebut untuk dipertandingkan pada Sukan SEA.

Wajah baharu skuad hoki kebangsaan selepas tamat liga MHL 2024
Wajah baharu skuad kebangsaan akan 'dijelmakan' selepas tamat saingan liga yang akan berlangsung dari 1 Feb hingga 9 Mac depan.

MHC perlu RM12 juta untuk harungi musim 2024 - Subahan
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memerlukan sekurang-kurangnya RM12 juta bagi menampung perbelanjaan dan melicinkan pengurusan persatuan dalam mengharungi musim 2024.

Skuad hoki 5s Malaysia bawa cabaran negara ke Piala Dunia 2024 di Oman
Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki dan wanita negara akan beraksi di kejohanan sulung Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Muscat, Oman pada 24-31 Jan tahun depan.

Hoki: KHM kecewa pencapaian Young Tigers di JWC 2023
Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal kecewa dengan prestasi ditunjukkan oleh skuad hoki remaja negara di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023.