KUALA LUMPUR: Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki dan wanita negara akan beraksi di kejohanan sulung Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Muscat, Oman pada 24-31 Jan tahun depan.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal yang mengumumkan perkara itu berkata kedua-dua pasukan telah layak secara merit menerusi Kelayakan Piala Dunia Hoki 5s yang berakhir September lepas.
"Kejohanan itu akan diadakan pada 24-27 Jan bagi wanita dan 28-31 Jan bagi lelaki.
"Skuad lelaki negara diundi dalam Kumpulan D bersama Oman, Amerika Syarikat dan Fiji manakala skuad wanita diundi dalam Kumpulan A bersama Oman, Fiji dan Netherlands," katanya pada sidang media memperkenalkan syarikat pengeluar pakaian sukan Young Tiger sebagai penaja skuad hoki 5s negara di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini, baru-baru ini.
Pengurus Pasukan Hoki 5s negara Syukri Mutalib berkata persediaan telah bermula minggu lepas di Seremban, namun ketika ini para pemain diberi rehat seminggu dan akan kembali berlatih di Bukit Jalil minggu depan.
"Kita akan membuat sesi pemilihan lapan pemain dan dua penjaga gol pada pertengahan Januari ini," katanya.
Beliau berkata buat masa ini pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran dan hanya menumpukan pada mempersiapkan pasukan sebaik mungkin.
"Piala Dunia Hoki 5s ini dianjurkan buat kali pertama, sukar untuk kita dapatkan gambaran jelas mengenai kekuatan pasukan lawan, sebab itu kita cuba elak letak sasaran terlalu awal.
"Kita akan fokus perlawanan demi perlawanan, supaya pemain tidak terlalu tertekan," katanya.
Negara dalam kelompok tiga terbaik Kelayakan Piala Dunia layak ke kejohanan itu, namun skuad lelaki negara yang menduduki tempat keempat telah layak susulan menggantikan Oman sebagai penganjur.
Pasukan wanita pula meraih tempat ketiga selepas tewas kepada India 5-9 di separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2023

Subahan berkata kedua-dua pasukan telah layak secara merit menerusi Kelayakan Piala Dunia Hoki 5s yang berakhir September lepas.- Foto Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Skuad hoki 5s Malaysia bawa cabaran negara ke Piala Dunia 2024 di Oman
Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki dan wanita negara akan beraksi di kejohanan sulung Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Muscat, Oman pada 24-31 Jan tahun depan.