Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata visi dan misi yang ingin dibawa jika beliau terpilih menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkata perdana menteri turut teruja dengan hala tuju bola sepak negara serta perubahan yang ingin dibawa baginda.
"Perdana menteri seolah-olah memahami agenda saya serta kelihatan teruja dengan perubahan yang ingin saya bawakan dan beliau mempunyai keinginan untuk melihat perubahan terhadap pasukan-pasukan serta liga di Malaysia.
"Saya sempat bertemu dengan beliau dan berkongsi tentang visi dan misi saya, dan secara jujurnya, beliau kelihatan menyokong visi dan misi saya itu," katanya pada sesi perjumpaan Tunku Mahkota Johor bersama penyokong bola sepak tanah air, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata perjumpaan antara baginda dan penyokong itu adalah satu sesi yang baik dan akan diteruskan melibatkan anggota gabungan yang lain sekiranya dipilih menjadi presiden FAM.
Baginda berkata perjumpaan itu secara tidak langsung dapat membuka laluan kepada penyokong bola sepak negara untuk menyuarakan pendapat serta meluahkan ketidakpuasan mereka.
"Ia sesi yang baik, saya dapat mengambil kesempatan ini untuk berkongsi tentang visi dan misi saya dengan seluruh penyokong bola sepak tanah air yang dahagakan perubahan.
"Melalui program seperti ini, mereka dapat menyuarakan apa yang dirasai selama ini. Penyokong juga mempunyai hak ke atas bola sepak di negara ini dan saya mahu semua orang terlibat dalam usaha saya memulihkan bola sepak tanah air," kata Tunku Ismail. --Bernama
Bernama
Wed Feb 22 2017
Calon Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim (hadapan) ketika tiba pada majlis perjumpaan bersama penyokong bola sepak negara hari ini. - Foto Bernama
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Indonesia tegaskan sokongan bagi akauntabiliti di Palestin berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Netanyahu dan Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.
Tiada liga B-15, B-16 punca kegagalan pasukan muda - Pengarah Teknikal FAM
Pasukan akan terus bergelut untuk layak ke Piala Asia B-17 pada masa akan datang jika tiada platform bagi para pemain muda terbaik negara bermain perlawanan kompetitif secara tetap.
FAM dedah sebab pilih Laos jadi lawan Harimau Malaya
FAM menjelaskan sebab pemilihan pasukan di ranking ke-187 dunia, Laos sebagai lawan Harimau Malaya bagi perlawanan antarabangsa Tier 1 pada bulan depan.