Kontinjen negara menyapu bersih tujuh pingat emas yang ditawarkan di Velodrom Nasional pada hari pertama Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (APG KL2017) yang membuka tirainya hari ini.
Walaupun upacara perasmian hanya akan berlangsung malam ini, skuad berbasikal negara telah menterjemahkan semangat 'luar biasa' mereka dengan cemerlang hari ini.
Muhammad Adi Raimie Amizazahan muncul penyumbang emas pertama negara menerusi acara Kilometer (C1, C2, C3) selepas mencatat masa 1 minit 17.232 saat di garisan penamat.
Rakan senegara Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin pula meraih perak dengan catatan masa 1:22.844s manakala gangsa dimenangi pelumba Singapura Tan Hun Boon dengan 1:48.672s.
Pingat emas kedua negara pula diperoleh dalam acara Kilometer (C4) lelaki menerusi Mohd Najib Turano selepas mencatat 1:12.771s manakala seorang lagi pelumba negara Muhammad Hafiz Jamali meraih perak dengan masa 1:16.493s.
Pelumba Indonesia Muhammad Fadli Imammuddin terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dengan 1:17.444s.
Emas ketiga disumbangkan pelumba wanita negara Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dalam acara pecut (B) wanita.
Nur Azlia Syafinaz dengan jurumudi Noraidillina Adila J. Sam menewaskan pelumba Singapura Emily Lee dan jurumudi Sarah Tan Hui Zhen 2-0 yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Gangsa pula dimenangi seorang lagi pelumba negara Nur Syahida Tajudin bersama jurumudi Nur Rozi Yanti Mat Rodzi yang menewaskan pelumba Singapura Delia Kang dengan pengemudi Jeynelle Lee.
Pemenang pingat gangsa Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia di Amerika Syarikat Muhammad Afiq Afify Rizan membuktikan beliau berada dalam kelas tersendiri apabila menyumbang emas keempat negara dalam acara pecut (B) lelaki.
Muhammad Afiq Afify bersama jurumudi Muhammad Khairul Adha Rasul menewaskan rakan senegara Muhammad Amin Najmi Romzi yang dikemudi Muhammad Firdaus Mohd Zonis 2-0 dalam penentuan pingat emas dan perak.
Gangsa pula diraih pelumba Singapura Jessen Ng Hang Siew bersama jurumudi Calvin Sin Teck Kwang yang menewaskan pelumba Brunei Muhamad Izan Safree Radat dan jurumudi Muhd Feasal Mohd Nurfadillah.
Pingat emas kelima dimenangi Zuhairie Ahmad Tarmizi dalam acara Kilometer (C5) lelaki selepas mencatat masa 1:09.690s mendahului pelumba Filipina Arthus Eustaquio Bucay yang mencatat 1:15.432s untuk perak.
Gangsa pula diraih pelumba Indonesia Sufyan Saori dengan catatan masa 1:19.170s.
Nur Azlia Syafinaz meraih emas keenam negara yang juga emas kedua peribadi dalam acara Kilometer (B) wanita selepas mencatat 1:19.359s diikuti rakannya Nur Syahida yang meraih pingat perak dengan 1:20.353s.
Gangsa milik pelumba Singapura Emily Lee dengan 1:25.871s.
Pingat emas terakhir negara diperoleh dalam acara Kilometer (B) lelaki menerusi Muhammad Afiq Afify dengan 1:04.236s diikuti rakan senegara Muhammad Amin Najmi yang mencatat 1:07.182s untuk pingat perak.
Gangsa milik pelumba Singapura, Jessen Ng Hang Siew dengan 1:14.542s.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2017

Atlet negara Muhammad Adi Raimie Amizazahan (kiri) menjerit kegembiraan selepas berjaya menyumbang emas pertama negara menerusi acara Kilometer (C1, C2, C3) dengan catatan masa 1 minit 17.232 saat. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Velodrom Nasional sapu bersih tujuh pingat emas
Kontinjen negara menyapu bersih tujuh pingat emas yang ditawarkan di Velodrom Nasional pada hari pertama Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (APG KL2017) yang membuka tirainya hari ini.