Julukan 'Usain Bolt' Malaysia ternyata tepat dengan pelari remaja negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang mencipta rekod baharu kejohanan dalam acara 200m di Kejohanan Olahraga Perak All-Comers 1 di Stadium Perak, di sini pada Sabtu.
Atlet berusia 16 tahun itu menepati sasaran meraih pingat emas selepas mencatat 21.04 saat (s), mengatasi catatan masa 21.44s yang dilakukan G. Aravinn pada 2016.
Rekod kebangsaan acara 200m iaitu 20.77s dimiliki oleh Russel Alexander Nasir Talib yang dicipta pada Kejohanan Trek Klasik Queensland, Brisbane, Australia pada Mac 2019.
Muhammad Azeem, yang mewakili Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Perak, berkata beliau bukan sahaja gembira kerana memecah rekod kejohanan, malah berjaya memperbaiki catatan peribadi iaitu 21.15s yang dilakukan di Kejohanan Sekolah-Sekolah Thailand (TSSG) di Khon Kaen, timur laut Thailand, Ogos tahun lalu.
"Sebenarnya, fokus hanya untuk buat yang terbaik, tidak sangka boleh pecahkan rekod kejohanan dan rekod peribadi.
"Saya gembira dan amat bersyukur kerana ini kejohanan pertama yang saya sertai tahun ini di tempat sendiri. Memang rezeki sayalah," katanya ketika ditemui Bernama di sini, pada Sabtu.
Pelari yang mencetuskan fenomena baharu arena olahraga negara itu menewaskan V. Haarissh dari Selangor yang mencatat 22.04s untuk pingat perak, manakala Mohd Hafiz Danial Roslan dari Kelantan meraih gangsa dengan masa 22.28s.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat itu berkata beliau sedang mempersiapkan diri untuk Kejohanan Remaja Asia ke-19 di Bangkok, Mei ini, yang juga platform terbaik untuk layak secara merit ke Kejohanan Remaja Dunia Bawah 20 tahun di Kenya, Julai nanti.
"Untuk itu saya akan buat persiapan awal dan kejohanan terdekat untuk pemanas badan adalah kejohanan MSS di Negeri Sembilan pada April ini," katanya, yang turut beraksi dalam acara 100m esok.
Kejohanan Olahraga Perak All-Comers berlangsung selama dua hari mulai hari ini dengan penyertaan lebih 1,000 atlet dalam pelbagai acara antaranya jalan kaki, lari berpagar dan lempar cakera.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 22 2020

Atlet berusia 16 tahun itu menepati sasaran meraih pingat emas selepas mencatat 21.04 saat (s), mengatasi catatan masa 21.44s yang dilakukan G.Aravinn pada 2016. - Gambar BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.

Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.

Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.

Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.

Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).

Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.