MANCHESTER United berada dalam bahaya disingkirkan daripada saingan Liga Europa dan hanya boleh beraksi di Liga Persidangan Europa.
Menurut BBC, ia disebabkan syarikat milik Sir Jim Ratcliffe, Ineos memegang pegangan pemilikan majoriti di OGC Nice dan sebahagian kepentingan di United.
The Red Devils layak ke Liga Europa selepas menjadi juara Piala FA menewaskan Manchester City 2-1 baru-baru ini manakala Nice pula menamatkan saingan Ligue 1 di kedudukan kelima untuk mengesahkan slot ke saingan Eropah itu.
Namun, peraturan UEFA tidak membenarkan dua pasukan yang mempunyai pemilik yang sama bermain dalam pertandingan itu.
Oleh itu, Manchester United boleh ditendang ke Liga Persidangan kerana mereka menamatkan saingan di kedudukan lebih rendah dalam Liga Perdana Inggeris berbanding Nice dalam Ligue 1 musim lalu.
Ineos perlu membuktikan kepada UEFA bahawa kedua-dua kelab mempunyai struktur pemilikan yang berbeza dan tidak sejajar dalam apa jua cara atau bentuk.
Ini sama seperti bagaimana pasukan Belgium Union SG terpaksa menukar struktur pemilikan mereka musim lalu untuk membolehkan mereka bermain dalam Liga Europa bersama Brighton.
Ini kerana Tony Bloom mempunyai kepentingan pemilikan dalam kedua-dua kelab.
Ineos bagaimanapun yakin bahawa mereka akan mencari jalan untuk memastikan kedua-dua pasukan iaitu Manchester United dan Nice boleh bermain dalam Liga Europa musim depan.
Mereka membuat kenyataan mengenai perkara ini yang berkata: "Kami sedar kedudukan kedua-dua kelab dan sedang berdialog terus dengan UEFA. Kami yakin kami mempunyai laluan ke hadapan untuk musim depan di Eropah," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 29 2024

The Red Devils layak ke Liga Europa selepas menjadi juara Piala FA menewaskan Manchester City 2-1 baru-baru ini. - Gambar/ AP
Pantau Agenda Reformasi: Cip AI buatan Malaysia, sejauhmana kita bersedia?
Perbincangan mengenai Cip AI buatan Malaysia, sejauhmana kita bersedia? Di dalam Pantau Agenda Reformasi bersama Prof Dr Amir Akramin Shafie, Timbalan Rektor (Inovasi dan Kebertanggungjawaban Penyelidikan) UIAM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Dua anggota DBKL dicederakan penjaja tidak berlesen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan dua anggota penguat kuasanya cedera ketika menjalankan tugas pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 6 Mac 2025
1️⃣ Dewan Rakyat labuh tirai, 10 RUU diluluskan
2️⃣ Enam jenis ubat dirampas dari rumah Ridz Okumura
3️⃣ Polis Thailand tahan 100 suspek didakwa terlibat sindiket
#awaniringkas
1️⃣ Dewan Rakyat labuh tirai, 10 RUU diluluskan
2️⃣ Enam jenis ubat dirampas dari rumah Ridz Okumura
3️⃣ Polis Thailand tahan 100 suspek didakwa terlibat sindiket
#awaniringkas

PDRM siasat video hina agama Islam
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

Ejen haram warga asing tumpas, enam individu ditahan termasuk majikan - Imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan ejen haram warga asing dengan menahan enam individu dalam satu operasi khas di tiga lokasi.

Ejen insurans rugi lebih RM1.5 juta terperdaya skim pelaburan berkaitan judi
Seorang ejen insurans kerugian kira-kira RM1.58 juta selepas mendakwa diperdayakan sindiket skim pelaburan berkaitan kegiatan perjudian di Singapura, tahun lepas.
Dialog Tiga Penjuru: Wanita tidak celik hal kewangan?
Realitinya, adakah benar wanita khususnya golongan B40 berdepan masalah kurangnya pengetahuan tentang hak kewangan di bawah undang-undang Syariah Malaysia?
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Watsons Malaysia lancar filem Watsons Raya Terunggul, tampil watak ikonik
Watsons Malaysia memperkenalkan filem Raya 2025 berjudul Raya Terunggul, yang mengetengahkan nilai kasih sayang dan kekeluargaan sempena Syawal.

Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing - Sivaraj
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa AS.
PETRONAS kerjasama dengan Energy Institute, percepat peralihan tenaga
PETRONAS menjalin kerjasama strategik dengan Energy Institute (EI), menjadikannya syarikat pertama beribu pejabat yang berpusat di Asia Tenggara menyertai badan profesional berpangkalan di United Kingdom itu sebagai rakan teknikal.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Noussair Mazraoui santuni komuniti muslim Manchester United di Old Trafford
"Jangan sesekali hilang kepercayaan dalam doa anda, melihat ibu-bapa anda begitu gembira adalah sesuatu yang membuatkan anda lebih bangga."

Kalau ada perkara yang saya rindu, ia adalah Old Trafford - Ten Hag
Sehingga kini, Ten Hag masih lagi jelas tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana kelab.

Manchester United akan hentikan 150 hingga 200 lagi pekerja
Manchester United telah mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut dan perkara itu tidak boleh berterusan, kata CEO, Omar Berrada.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

'Tidur' punca United tumbang di Tottenham
Menurut Owen, Maddison ada banyak masa untuk menolak lantunan bagi jaringan kemenangan Tottenham kerana pertahanan United disifatkannya tidur.

EPL: Tugas saya di Manchester United sangat sukar - Ruben Amorim
United kini tewas 12 daripada 25 aksi EPL musim ini dan merupakan kekalahan terbanyak mereka dalam kempen liga sejak 1973/74.

EPL: Gol tunggal James Maddison hukum Manchester United
Jaringan tunggal dihadiahkan oleh James Maddison pada minit ke-13 selepas menolak masuk bola yang ditepis Andre Onana.

Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.