Safiq Rahim
Pemain Harimau Malaya, Safiq Rahim (kiri) melakukan sepakan pada perlawanan Malaysia menentang Singapura kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura. -Foto Bernama

Pemain tengah Harimau Malaya Safiq Rahim menjadi pilihan orang ramai untuk menjadi penyerang skuad yang bakal membuat jaringan terbanyak di pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 malam ini.

Menerusi satu undian yang dilakukan di akaun Twitter Astro AWANI, @501Awani dan laman Facebook @501Awani, nama Safiq menjadi pilihan utama.

Mat Yo
Mat Yo turut dijangka akan membuat jaringan terbanyak untuk Harimau Malaya malam ini. -Foto Bernama

Ia diikuti dengan Nor Shahrul Idlan Tallaha, atau Mat Yo dan Indra Putra Mahyuddin yang turut menjadi pilihan pengikut @501Awani.




Sementara itu, Safiq, 28, akur dengan rentak permainan Thailand yang lebih kemas pada perlawanan akhir pertama di Stadium Rajamangala namun Malaysia perlu mengambil peluang beraksi di laman sendiri dan terus mendapatkan kemenangan Piala Suzuki AFF tahun ini.

"Kami akan menggunakan setiap peluang yang kami miliki dan cuba mengelak daripada membuat kesilapan," ujar Safiq.

Pemain Johor Darul Ta'zim itu juga berkata pengawalan bola di bahagian tengah juga penting bagi mengelak kemaraan jentera serangan skuad Gajah Perang itu.

Malaysia yang kalah 0-2 pada aksi final pertama di Bangkok pada Rabu lepas berdepan misi getir untuk sekurang-kurangnya menjaringkan tiga gol tanpa balas bagi memastikan trofi Piala AFF kembali semua ke tanah air selepas 2010.