MESKIPUN dilucutkan kejuaraan, itu tidak melemahkan semangat Charles Oliveira untuk bangkit menumpaskan Justin Gaethje dalam acara utama UFC 274 sebentar tadi.
Petarung Brazil itu mempamerkan aksi cemerlang dengan menundukkan lawannya dari Amerika Syarikat menerusi kuncian ‘rear naked choke’ pada minit 3:22 pusingan pertama.
Pertarungan bermula dengan Oliveira menerpa ke arah Gaethje, disusuli tumbukan padu yang hampir merebahkan pencabarnya itu.
Bagaimanapun, serangan balas dari Gaethje beberapa saat selepas itu berjaya menjatuhkan Oliveira untuk seketika.
Kedua-dua petarung kemudiannya berbalas tumbukan diselang-selikan dengan tendangan ke bahagian kaki.
Oliveira kemudiannya mendapat peluang menjatuhkan Gaethje dan membuat percubaan kuncian terhadap lawannya itu, namun Gaethje berjaya melepaskan diri.
Oliveira mengubah posisi dan sekali lagi membuat percubaan kuncian, dan kali ini Gaethje gagal melepaskan diri sekali gus memaksa dirinya menyerah kalah.
Pengadil Marc Goddard seterusnya menghentikan pertarungan dan mengisytiharkan Oliveira sebagai pemenang.
Dengan kemenangan tersebut, bekas juara lightweight itu kini memegang rekod sebanyak 33 kemenangan dan lapan kekalahan (33 - 8).
Dia turut menjadi kontender nombor satu bagi pertarungan merebut kejuaraan lightweight.
Oliveira pada Sabtu dilucutkan gelaran lightweight miliknya selepas gagal mencapai berat, sehari sebelum saingan kejuaraan menentang Gaethje.
BACA: UFC 274: Gagal capai berat, Oliveira dilucutkan kejuaraan lightweight
Dia mencatat berat 70.2268kg (155.5 lbs) -- melebihi had berat badan yang ditetapkan untuk kelas lightweight iaitu 70kg (155 lbs).
Dia juga gagal menurunkan berat meskipun diberikan tempoh satu jam untuk melakukannya, dan dilaporkan tiba di acara ‘weigh-in’ pada saat akhir iaitu 5 minit sebelum acara tersebut tamat.
Bagaimanapun, pertarungan 'Oliveira vs Gaethje' tetap diteruskan dan gelaran lightweight hanya akan dinobatkan sekiranya Gaethje menang.
Oliveira, 32, meraih kejuaraan lightweight pada Mei tahun lalu selepas menewaskan Michael Chandler dari Amerika Syarikat dalam aksi UFC 262.
Pertarungan acara utama yang berlangsung di Houston, Texas itu menyaksikan Oliveira menumpaskan Chandler menerusi TKO (technical knockout) pada minit 0:19 pusingan kedua.
Oliveira seterusnya mempertahankan kejuaraan tersebut untuk kali pertama pada Disember lepas menerusi kemenangan ke atas bekas juara interim lightweight, Dustin Poirier.
Gelaran lightweight UFC itu berpindah milik selepas hampir tiga tahun dipegang oleh legenda MMA, Khabib Nurmagomedov.
Sementara itu, dalam pertarungan acara kedua utama, petarung Amerika Syarikat Rose Namajunas gagal mempertahankan kejuaraannya selepas tewas kepada rakan senegara, Carla Esparza.
Pertarungan strawweight wanita itu menyaksikan Esparza mengalahkan Namajunas menerusi keputusan berbelah bahagi (split decision) selepas lima pusingan.
Satu lagi acara menarik yang telah berlangsung ialah pertarungan di antara Tony Ferguson dan Michael Chandler.
Dalam pertarungan tersebut, peminat sukan tempur telah dikejutkan dengan tendangan ‘KO’ ke bahagian muka oleh Chandler yang sekali gus merebahkan Ferguson di pusingan kedua.
Haider Yutim
Sun May 08 2022

Charles Oliveira menundukkan Justin Gaethje dari Amerika Syarikat menerusi kuncian 'rear naked choke' pada minit 3:22 pusingan pertama. - UFC

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS),

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.

UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.

UFC: Belal tarik diri lawan Shavkat
Jangkitan kuman dalam tulang memaksa penyandang juara kelas welterweight UFC Belal Mohammad menarik diri daripada pertarungan utama UFC 310.

Du Plessis sahut cabaran Khamzat
Du Plessis meraih gelaran middleweight awal tahun ini selepas mengalahkan Sean Strickland di UFC 297 menerusi kemenangan kontroversi.

Dana White beri harapan kepada Umar, Ankalaev
Umar yang juga sepupu Khabib Nurmagomedov dilihat lebih layak bertarung dengan penyandang juara bantamweight, Merab Dvalishvili.

Jojo bangga dipelawa Khabib Nurmagormedov berlatih di Dagestan
Atlet Muay Thai negara Johan Ghazali berbangga selepas mendapat pelawaan daripada juara Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagormedov untuk berlatih di Dagestan.

PM bertemu Khabib, bincang isu pembangunan ummah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas juara dunia Ultimate Fighting Champion (UFC) bagi kategori lightweight iaitu Khabib Nurmagomedov.

Jualan tiket 'Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024' capai lebih 50 peratus
Lebih 50 peratus tiket 'Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024' telah terjual sebelum legenda seni bela diri campuran (MMA) yang diberi julukan 'The Eagle' itu membuat penampilan istimewa di WTCKL.

Khabib bakal menemui peminat di Malaysia bulan depan
Legenda seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov mengumumkan akan menemui peminat-peminatnya di Malaysia pada 29 September depan di ibu negara.

Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.

Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah TKO Group Holdings, iaitu syarikat yang dibentuk oleh Endeavour yang menggabungkan WWE dan UFC.