PELAKON terkenal Hollywood Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah TKO Group Holdings, iaitu syarikat yang dibentuk oleh Endeavour yang menggabungkan WWE dan UFC.
Menurut laporan media, bintang WWE itu juga telah memperoleh pemilikan penuh nama 'The Rock'.
“Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan Dwayne dan mengalu-alukan bakat besarnya ke Lembaga Pengarah TKO.
"Dwayne membawa rekod prestasi yang luar biasa dalam mencipta kandungan dan membina jenama pengguna yang diiktiraf di peringkat global, dan dia akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan cita-cita kami untuk TKO,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TKO (dan Endeavour), Ariel Emanuel.
"Sangat sedikit orang di planet ini memahami penumpuan sukan, hiburan, media, dan perniagaan seperti The Rock," kata pengerusi eksekutif TKO Vince McMahon.
Sementara itu, Johnson dalam reaksinya berkata beliau sangat berbesar hati untuk dipilih menyertai Lembaga Pengarah TKO Group.
“Datuk saya, Peter Maivia, dan ayah saya, Rocky 'Soulman' Johnson, tidak pernah menyangka hari ini akan tiba.
"Itulah sebabnya saya sangat berbesar hati untuk mendapat tempat di meja yang mempunyai sejarah yang berdekad dan warisan keluarga untuk saya. Meja yang keluarga saya bantu bina.
"Menjadi ahli Lembaga Pengarah TKO, dan mendapat pemilikan penuh nama saya, ‘The Rock’, bukan sahaja belum pernah berlaku sebelum ini, tetapi sangat memberi inspirasi kepada saya," katanya.
Untuk rekod, mama 'The Rock' berasal daripada mendiang bapanya, Rocky Johnson, yang merupakan seorang bekas penggusti dan 'Hall of Famer' di WWE.
Karier Johnson bermula di WWE (dahulunya dikenali sebagai WWF) pada tahun 1996, dengan menggunakan nama Rocky Maivia.
Namanya kemudian ditukar kepada 'The Rock' dan dari situ, kerjayanya terus berkembang dan menjadi salah seorang penggusti paling berjaya dalam sejarah WWF.
Pada 2001, Johnson mencuba pula bidang baharu apabila ditawarkan berlakon dalam filem The Mummy Returns dan kemudian tahun berikutnya, menjadi pelakon utama dalam The Scorpion King (2002).
Daripada filem pertama, dia terus mengorak langkah dalam dunia perfileman dan kini boleh dianggap sebagai antara pelakon paling berjaya di Hollywood.
Agensi
Tue Jan 23 2024
![Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706110021_Dwayne.jpg)
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah TKO Group Holdings, iaitu syarikat yang dibentuk oleh Endeavour yang menggabungkan WWE dan UFC. - Foto REUTERS
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706110021_Dwayne.jpg)
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah TKO Group Holdings, iaitu syarikat yang dibentuk oleh Endeavour yang menggabungkan WWE dan UFC.
![Kes Baldwin: Dwayne Johnson bertegas tidak mahu senjata api sebenar di set penggambaran Kes Baldwin: Dwayne Johnson bertegas tidak mahu senjata api sebenar di set penggambaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599112755_DwayneJohnson.jpg)
Kes Baldwin: Dwayne Johnson bertegas tidak mahu senjata api sebenar di set penggambaran
Johnson berkata syarikat produksinya, Seven Bucks Productions, tidak lagi akan menggunakan senjata api sebenar.
![The Rock imbas momen diberi peluang kedua yang mengubah hidupnya The Rock imbas momen diberi peluang kedua yang mengubah hidupnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599112755_DwayneJohnson.jpg)
The Rock imbas momen diberi peluang kedua yang mengubah hidupnya
Johnson berkongsi klip dari rancangan televisyen 'Young Rock', yang memberi penghormatan kepada mendiang jurulatihnya.
![The Rock, dulu dibuli kini selebriti The Rock, dulu dibuli kini selebriti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611472672_DwayneJohnson.jpg)
The Rock, dulu dibuli kini selebriti
Bret Hart (penggusti dalam WWF) pernah menceritakan dua peggusti legenda, Triple H dan Shawn Michaels pernah membuli Johnson ketika dia baru sahaja menjadi penggusti.
![The Rock, keluarga pulih daripada COVID-19 The Rock, keluarga pulih daripada COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599112755_DwayneJohnson.jpg)
The Rock, keluarga pulih daripada COVID-19
"Ini adalah salah satu perkara yang paling mencabar dan sukar yang harus kami harungi sebagai sebuah keluarga." - The Rock
![Rocky Johnson, ayah 'The Rock' meninggal dunia Rocky Johnson, ayah 'The Rock' meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71579142117_RockyJohnsonThe.jpg)
Rocky Johnson, ayah 'The Rock' meninggal dunia
Ayah kepada bintang filem Dwayne -The Rock- Johnson itu menghembuskan nafas terakhirnya awal hari ini pada usia 75 tahun.
![Dah tiga kali The Rock 'meninggal dunia'... Dah tiga kali The Rock 'meninggal dunia'...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51522927491_DwayneJohnson.jpg)
Dah tiga kali The Rock 'meninggal dunia'...
Sebelum ini The Rock turut menjadi mangsa berita palsu apabila didakwa meninggal dunia pada 2011 dan 2014.
![UFC 244: Jorge Masvidal tumpaskan Nate Diaz untuk raih gelaran BMF UFC 244: Jorge Masvidal tumpaskan Nate Diaz untuk raih gelaran BMF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61572763108_TBJorgeMasvida.jpg)
UFC 244: Jorge Masvidal tumpaskan Nate Diaz untuk raih gelaran BMF
Jorge Masvidal berjaya meraih gelaran BMF selepas mengalahkan rakan senegaranya, Nate Diaz dalam aksi UFC 244 di Madison Square Garden, New York, pada Ahad.
![Akhirnya...The Rock tamatkan status duda! Akhirnya...The Rock tamatkan status duda!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566576003_therockbefunky-collage.jpg)
Akhirnya...The Rock tamatkan status duda!
Pelakon dan bekas ahli gusti profesional, Dwayne Johnson menamatkan status dudanya apabila mengahwini teman wanitanya, Lauren Hashian pada Ahad lalu.
![Fast & Furious kembali dengan filem baharu Fast & Furious kembali dengan filem baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41549158546_HobbsAndShaw.jpg)
Fast & Furious kembali dengan filem baharu
Francais filem itu akan kembali dengan satu filem aksi komedi iaitu Fast & Furious: Hobbs & Shaw.