Pengurus Portugis itu turun sekalu pengurus United dalam aksi pertama di laman sendiri selepas terikat 1-1 di laman Ipswich Town sebelum ini tetapi dia hampir berdepan igauan buruk apabila dua jaringan pantas pelawat memadamkan gol pembukaan Alejandro Garnacho.
Bagaimanapun, bintang Norway, Hojlund, menjaringkan gol dalam setiap separuh masa untuk memastikan United meraih tiga mata dan hanya dibezakan satu mata dengan kelompok lapan teratas liga 36 pasukan itu.
United membuka jaringan seawal 50 saat pertama apabila Hojlund menyedari kelalaian Nikita Haikan sebelum Garnacho menyudahkan jaringan itu dengan gerakan susulannya.
Hakon Evjen kemudian melakukan penyudah lencong kaki kiri gemilang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-19 dan empat minit selepas itu, Tyrell Malacia -- yang kembali beraksi buat kali pertama sejak 17 bulan lalu -- tidak dapat mengekang Philip Zinckernagel, yang kemudian melepaskan ledakan ke penjuru kiri bawah gawang United.
Tidak lama sebelum ke bilik persalinan, Hojlund kembali menyamakan kedudukan buat The Red Devils dengan rembatan volinya selepas menemui lintangan bijak Noussair Mazraoui.
Lima minit selepas perlawanan bersambung, penyerang itu sekali lagi menemui sasaran, kali ini dengan menyudahkan umpanan Manuel Ugarte, sekali gus memastikan kemenangan pertama United di bawah bimbingan Amorim. -- Stadium Astro