AARHUS (Denmark): Turun ke gelanggang tanpa tekanan menjadi kunci kejayaan pemain perseorangan wanita negara Eoon Qi Xuan yang mencipta kejutan pada perlawanan pembukaan kumpulan D, Kejohanan Badminton Piala Uber pada Sabtu.
Biarpun jurang ranking 100 anak tangga di bawah, pemain berusia 20 tahun yang tewas 21-18 pada set pertama, bangkit mengejutkan lawannya Line Christophersen yang berada di ranking ke-23 dengan kemenangan 21-18, 21-15 untuk menyumbang mata pertama skuad negara.
Pemenang pingat perak Kejohanan Remaja Asia 2017 itu berkata beliau melangkah ke dalam gelanggang tanpa sebarang tekanan meskipun menyedari lawannya jauh lebih hebat dari segi ranking dengan Denmark sudah selesa mendahului 2-0 ketika itu.
"Sebelum main saya tidak fikir banyak, saya tidak harapkan apa-apa pun, hanya mahu buat yang terbaik. Ketika perlawanan ada rasa gementar kerana kita ketinggalan 2-0, tapi saya kekal bertenang, tapi saya rasa gembira kerana dapat sumbang satu mata.
"Ketika set kedua, berlaku kejar mata demi mata, saya tetap dapat pertahankan serangannya walaupun dia tinggi dan bolanya tajam. Saya sangat puas hati dengan kemenangan ini, dapat naikkan semangat untuk perlawanan seterusnya.
"Menentang China selepas ini, saya akan tetap lawan sahaja...Saya rasa saya kena kuatkan lagi semangat juang saya dalam gelanggang, kerana kadang-kadang apabila pihak lawan mengejar saya ketika saya berada di hadapan, saya rasa gementar," katanya.
Pemain di rangking ke-12 dunia, Mia Blichfeldt meletakkan Denmark di hadapan selepas menewaskan S Kisona 21-11, 21-7, sebelum pasangan Maiken Fruergaard-Sara Thygesen mengecewakan pasangan Lee Meng Yean-M Thinaah 21-19, 10-21, 21-13 untuk mata kedua.
Qi Xuan merapatkan jurang apabila menyumbang satu mata, namun Denmark mengesahkan kemenangan selepas Amalie Magelund-Freja Ravn menundukkan Teoh Mei Xing-Yap Ling 21-13, 21-19 untuk mata ketiga dan Line Kjaersfeldt pula mengalahkan K Letshanaa 21-18, 21-14 dalam perlawanan terakhir.
Sementara itu, ketua pasukan Meng Yean yang digandingkan bersama Thinaah berikutan kecederaan bahu yang dialami Pearly Tan, berkata mereka perlu lebih konsisten ketika dalam gelanggang untuk menyaingi cabaran lawan.
"Pertukaran pasangan bukan perkara baharu buat kami kerana kami sentiasa bertukar-tukar gandingan ketika latihan. Kami gembira dengan permainan tapi banyak perlu diperbaiki.
"Apabila lawan mula bermain rali di set penentuan, kita kurang konsisten, saya rasa kita perlu perbaiki lagi perkara ini. Mengenai perlawanan menentang China, saya rasa semua perlu bersiap sedia untuk berjuang jika dipilih beraksi kelak," katanya.
Menurut Kisona, lawannya berada dalam liga tersendiri berbanding dirinya dari segi pengalaman, namun cabaran sedemikian membuatkannya untuk bekerja lebih keras.
"Ini kali ketiga saya beraksi menentang pemain di kedudukan ranking 20 teratas dunia, semua lawan memang kuat dan saya ada benda perlu ditingkatkan lagi.
"Lawan saya akan datang semuanya lebih kuat daripada saya, perbezaan jauh lebih ketara. Saya baharu sahaja berada dalam kejohanan tertinggi seperti ini, ia perlukan masa untuk saya mencabar mereka tapi saya akan tunjukkan semangat juang tinggi ketika dalam gelanggang," katanya.
Skuad wanita negara bakal berdepan cabaran sukar menentang China pada Ahad, 1.30 tengah hari waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia) dan melengkapkan aksi kumpulan D menentang Kanada pada 7 malam, Isnin waktu tempatan (Selasa, 1 pagi waktu Malaysia).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021
QI XUAN: Sebelum main saya tidak fikir banyak, saya tidak harapkan apa-apa pun, hanya mahu buat yang terbaik. - Foto Instagram Qi Eoon
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
Cabaran Soon Huat-Shevon di Jepun terhenti
Pasangan nombor 10 dunia itu terpaksa akur tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.
Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir
Dalam set pertama, pasangan Malaysia ini memimpin perlawanan 11-7 sebelum pasangan Jepun menyamakan kedudukan seketika kepada 12-12.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.
Thinaah tak sabar kembali berlatih bersama Rosman
Rosman individu penting yang berjaya mengubah karier Thinaah daripada pemain perseorangan sehingga muncul antara beregu terbaik dunia.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.