Kontinjen Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk muncul juara keseluruhan pada Sukan SEA ke-29 akan datang, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar.
Tunku Imran berkata berdasarkan pemilihan 558 atlet daripada 30 persatuan sukan kebangsaan, kontinjen tuan rumah mampu meraih pingat emas terbanyak pada temasya dwi tahunan itu yang akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos depan.
"Saya berpendapat kita mempunyai kontinjen terbaik, kebanyakan mereka adalah atlet terbaik serta sedikit sahaja yang mengalami kecederaan. Namun, kita mengingatkan mereka agar berhati-hati dan mengelak daripada kecederaan kerana temasya sukan itu akan berlangsung tidak lama lagi.
"Prestasi mereka harus berada di kemuncak pada temasya sukan itu, dan bukan sebaliknya," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pemilihan akhir Sukan SEA, dengan 30 persatuan sukan di Wisma MOM di sini hari ini. Mesyuarat itu bermula sejak semalam.
Sebanyak 558 atlet itu melibatkan 319 atlet lelaki dan 239 atlet wanita. Sejumlah 200 pegawai turut terlibat dalam 30 jenis sukan berkenaan.
Tunku Imran berkata beberapa persatuan sukan, termasuk Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diberi lanjutan tempoh bagi mengesahkan senarai atlet masing-masing.
"Mereka memohon lebih masa sebelum memuktamadkan senarai atlet, jadi kami memberi tempoh sehingga minggu depan. Walaupun tarikh akhir kemukakan nama atlet pada 30 Jun, kita minta mereka kemukakan lebih awal kerana beberapa perkara perlu diselesaikan seperti proses membuat akreditasi serta cuti sempena hari raya," katanya.
Bagi acara sukan berpasukan, persatuan sukan terlibat diberi tempoh sehingga 8 Julai untuk mengemukakan senarai atlet masing-masing.
Antara sukan berpasukan itu adalah bola sepak, hoki, futsal, hoki ais, bola jaring dan polo.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2017

TUNKU IMRAN: Saya berpendapat kita mempunyai kontinjen terbaik.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Novak Djokovic juara Terbuka Australia buat kali ke-10
Kejuaraan ini sekali gus mengangkat nama Djokovic sebagai pemenang grand slam terbanyak bersama Rafael Nadal

Thiago Alcantara sertai Liverpool, perpindahan cecah 25 juta pound
Perpindahan Thiago dengan kontrak empat tahun bersama Liverpool bernilai 20 juta pound (RM106.7 juta) dengan tambahan 5 juta pound (RM26.7 juta).

GV6: 'Saya buat keputusan juara adalah dua' - Ramli MS
Juri Tetap Datuk Ramli MS dalam sidang media selepas Konsert Akhir Gegar Vaganza ke-6 menjelaskan kemenangan dua juara Naqiu dan Hady Mirza diputuskan olehnya dan barisan juri.

Tumpang lori ayah, turun-turun terus nyanyi dan Rizal bergelar juara! - Aznil
Berkat kesungguhan bersusah payah datang dari jauh , menumpang lori ayah , menjadi peserta akhir namun akhirnya membawa pulang hadiah , kebanggaan dan kejayaan.

MotoGP Sepanyol: Marquez juara di laman sendiri
Marc Marquez mempertahankan rekod kemenangan di laman sendiri dan secara tidak langsung mengumpul 70 mata di litar Jerez, Sepanyol, semalam.

Lions XII Juara Liga Super
Hasrat pasukan tempatan menafikan Lions XII gelaran Liga Super musim ini tidak kesampaian. Wakil Singapura itu meraih kejuaraan selepas menewaskan Felda United 4-0 pada Selasa.

Pelumba negara bersedia menghadapi cabaran
Pelumba negara Azlan Shah Iskandar mengakui tugasnya semakin sukar selepas kehadiran beberapa pelumba handalan untuk saingan kali ini.