SEORANG wanita berdepan kemungkinan dihukum penjara selama setahun selepas menyebabkan kemalangan yang menjadi antara terburuk dalam sejarah perlumbaan Tour de France.
Pendakwa raya di Brittany, di utara Perancis, pada Ahad memulakan siasatan selepas wanita yang belum dikenal pasti itu dirakam menyebabkan kemalangan pada Sabtu.
Dalam rakaman itu, suspek dilihat tersenyum sambil memegang plakad di depan kumpulan pelumba yang menunggang dari Brest ke Landeneau pada pentas pertama perlumbaan berkenaan.
Wanita itu, yang dikatakan berasal dari Jerman, memandang terus ke arah kamera televisyen dengan membelakangkan pelumba sebelum penunggang dari Jerman, Tony Martin merempuhnya.
Martin terjatuh, sebelum beberapa peserta lain turut terjatuh akibat gagal mengelak Martin, sekali gus menyaksikan situasi yang mengerikan.
Beberapa peserta mengalami kecederaan serius, termasuk seorang lagi pelumba Jerman, Jasha Sutterlin, yang terpaksa menarik diri daripada pertandingan.
"Suspek yang menyebabkan kemalangan ini meninggalkan tempat kejadian sebelum ketibaan pihak berkuasa dan dia sedang diburu," kata jurucakap pertandingan.
Pendakwa raya mengesahkan mereka telah membuka kertas siasatan atas dakwaan ‘sengaja melanggar peraturan keselamatan dan menyebabkan kecederaan'.
Ia adalah kesalahan yang boleh didakwa di Perancis yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda maksimum £13,000.
Pierre-Yves Thouault, wakil pengarah perlumbaan Tour de France, juga memaklumkan pihak penganjur telah mengemukakan aduan terhadap wanita itu.
Reuters
Sun Jun 27 2021

Wanita itu menyebabkan salah satu kemalangan terburuk dalam sejarah Tour de France. - Reuters

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Tour de France: Wanita sebabkan kemalangan untuk masuk TV berdepan hukuman penjara
Wanita itu menyebabkan salah satu kemalangan terburuk dalam sejarah Tour de France.

Pengakuan Armstrong dedah ancaman disaman
Pengakuan Lance Armstrong mengenai dirinya yang menggunakan dadah terlarang dedah beliau kepada ancaman saman.

Lance Armstrong mengaku dia ambil dadah
Pelumba basikal Amerika Syarikat Lance Armstrong akhirnya membuat pengakuan terbuka dalam rancangan temubual popular Oprah Winfrey bahawa beliau mengambil dadah untuk memenangi perlumbaan Tour de Fra