TOKYO: Kejayaan pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul gangsa, pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo malam tadi, tepat pada waktunya tatkala negara sedang menghadapi tempoh mencabar bertarung dengan pandemik COVID-19.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pencapaian cemerlang dilakar pasangan muda negara dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Musashino Forest Sport Plaza di sini itu sudah semestinya, disambut dengan penuh kegembiraan oleh rakyat Malaysia ketika ini.
BACA: Tokyo 2020: Rangkuman pencapaian kontinjen Malaysia, pingat pertama badminton lonjak semangat atlet
BACA: Tokyo 2020: Reezal Merican ucap tahniah kepada Aaron-Wooi Yik
"Kita selalu tanya bila Aaron-Wooi Yik nak menampilkan aksi terbaik (dalam Sukan Olimpik) dan mereka terbukti berjaya melakukannya ketika kita semua mengharapkan kemenangan.
"Saya nak ucap tahniah kepada mereka kerana pada usia muda, mereka mampu bawa kegembiraan kepada kita semua dan terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya peminat badminton yang mendoakan kejayaan kita," katanya dalam satu rakaman video yang dikongsi kepada media.
Aaron-Wooi Yik bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk merangkul gangsa selepas menewaskan pasangan Indonesia yang juga pilihan kedua, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan mendebarkan yang berlangsung hampir sejam, semalam.
BACA: Tokyo 2020: 'Terima kasih rakyat Malaysia' - Aaron-Wooi Yik
BACA: Tokyo 2020: Kejayaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik buat rakyat Malaysia teruja
Mohamad Norza berkata langkah membawa masuk Flandy Limpele sebagai ketua jurulatih baharu ketika penstrukturan barisan kejurulatihan pada Mei 2020 membuahkan hasil sehingga Aaron-Wooi Yik bukan sahaja meraih gangsa, malah berjaya menewaskan pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo juga dari Indonesia, 21-14, 21-17 dalam aksi suku akhir, Khamis lepas.
Sehubungan itu, Mohamad Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia memaklumkan BAM akan melalukan 'post-mortem' berhubung pencapaian pemain badminton di Jepun termasuk impak barisan kejurulatihan selepas ini.
BACA: Tokyo 2020: Syabas Aaron Chia-Soh Wooi Yik - PM Muhyiddin
BACA: Tokyo 2020: Beregu badminton negara hadiahkan pingat gangsa pertama buat Malaysia
Mohamad Norza pada masa sama berharap agar rakyat Malaysia terus menyokong dan bersabar dengan perancangan BAM dalam melahirkan pemain yang berwibawa dan berpotensi dalam membawa cabaran negara di peringkat tertinggi pada masa depan termasuk Piala Thomas, Piala Uber serta edisi Olimpik seterusnya iaitu Paris 2024.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menggesa agar rakyat Malaysia terus mendoakan kejayaan atlet Malaysia di Sukan Olimpik dan merealisasikan sasaran untuk membawa pulang tiga pingat.
Mengulas lanjut, beliau berkata rakyat Malaysia perlu berada di belakang atlet pada setiap masa tidak kira sama ada ketika mereka menikmati kejayaan ataupun pada saat mereka tersungkur dalam perjuangan membawa nama Malaysia di pentas dunia.
"Jangan berhenti dan sokonglah serta iringi mereka dengan doa sehingga ke detik terakhir. Jika mereka (atlet) tak capai sasaran jangan dikecam, bila kita kecewa mereka lebih kecewa, bila menang kita julang.
"Saya minta rakyat Malaysia agar tidak memisahkan sokongan diberikan kepada atlet kita," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 01 2021
Pencapaian dilakar pasangan muda negara dalam perlawanan penentuan pingat gangsa itu disambut dengan penuh kegembiraan oleh rakyat Malaysia. -Gambar fail/Bernama
Banglo lambang cinta kembali diancam hakisan ombak
Sebuah banglo yang sebelum ini mendapat perhatian akibat hakisan pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini kembali diancam risiko runtuh.
Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.
Zon Bebas Kenderaan: Banda Hilir rekod lebih 120,000 pengunjung sempena cuti perayaan
Lebih 120,000 pengunjung direkodkan membanjiri Banda Hilir setakat semalam sejak pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan pada 28 Jan lepas sempena cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina.
Op Selamat 23: Lebih 100,000 saman trafik dikeluarkan
Polis telah mengeluarkan 104,235 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Selamat 23 setakat semalam.
Fokus Minggu Depan: Parlimen bersidang semula Isnin, apa tumpuan dan keutamaan?
Bersama Dr Ahmad Zaharuddin Sani, Penganalisis Politik membincangkan tentang Parlimen yang akan berlangsung Isnin ini.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari lepas secara berfasa.
Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa mereka ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada 25 Januari lepas, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Muhammad Zaim Zulkifli Ariff berkata, mereka hairan mengapa anak muda yang menuntut negara bebas rasuah ‘diseret’, tetapi bukan bukan sang perasuah, atau pencuri harta negara.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Muhammad Zaim Zulkifli Ariff berkata, mereka hairan mengapa anak muda yang menuntut negara bebas rasuah ‘diseret’, tetapi bukan bukan sang perasuah, atau pencuri harta negara.
Israel serang tebing barat sewaktu Gencatan Senjata di Gaza
Tentera zionis mula menyerang jenin pada 21 januari lepas, hanya dua hari selepas gencatan senjata di gaza berkuatkuasa.
Sekurang-kurangnya 7 maut, 19 cedera di Philadelphia
Datuk Bandar Philadelphia, Cherelle Parker sahkan tujuh terkoban termasuk seorang orang awam yang berada dalam kereta selepas sebuah pesawat perubatan terhempas pada petang Jumaat.
Ops Sky: Selebriti, ikon tempatan dalam radar SPRM
Selebriti termasuk artis dan ikon tempatan dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman.
Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Aaron Chia nafi minta gaji RM2 juta daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia, menafikan dakwaan dia meminta gaji tahunan sejumlah RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia.
Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.
Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Aaron-Wooi Yik terima ganjaran RM125,000 daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerima RM125,000 seorang daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Aaron-Wooi Yik tidak rehat lama lepas menang gangsa Olimpik Paris
Usai kempen Olimpik Paris, beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hanya akan berehat seketika.
Olimpik Paris 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India
Meskipun ketinggalan, namun pasangan negara berjaya bangkit dan menang di set terakhir 21-16, sekali gus mara ke separuh akhir.
Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik
Wooi Yik membuat keputusan untuk terus berada di asrama ABM sehingga berlepas ke Aire Sur La Lys untuk kem latihan 10 hari bermula 10 Julai.
Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy
Aksi kurang tenang diperagakan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara punca mereka terlepas peluang mendakap gelaran pertama Seluruh England.