Beraksi di atas padang basah, Sime Darby memperolehi dua gol pantas pada minit ke-10 dan minit ke-13 menerusi Marco Perovic.
Walaubagaimanapun, anak buah Zainal Abidin Hassan mula memperkemaskan permainan mereka sementara tuan rumah dilihat terlalu awal untuk mempertahankan kelebihan jaringan.
Usaha Tok Gajah mengatur serangan bertali-arus akhirnya berjaya merapatkan jurang 2-1 menerusi Damion Stewart selepas menanduk masuk sepakan percuma Azamuddin Akil.
Pahang sekali lagi memiliki peluang menarik namun Suffian Abdul Rahman lebih tangkas percubaan Dickson Nwakaeme.
Namun, kelibat Azamuddin tidak bertahan lama apabila terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan Fauzi Roslan.
Agak menghairankan apabila Sime Darby menggantikan Perovic dan meletakkan Aliff Samsudin menjana gerakan pada awal babak kedua.
Namun pertukaran itu tidak memberi kesan kepada permainan tuan rumah.
Sebaliknya, Pahang bertambah garang dengan sentuhan Nwakaeme menjadi igauan benteng Sime Darby.
Matias Conti mengikat kedudukan kepada 2-2 pada minit ke-58.
Pengaruh Nwakaeme cukup bernilai dengan dua bantuan gol Matias Conti pada minit ke-67 dan Fauzi Roslan pada minit ke-73.
Di akhir permainan, Zainal memberi kepercayaan kepada pemain muda, Md Rizua Shafiqi untuk bermain di bahagian tengah dan merehatkan Hafiz Kamal untuk 10 minit terakhir.
Permulaan lembab hampir menjerat pendahulu Liga Super Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebelum bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menang 4-2.
TRW tundukkan skuad Seladang
Sementara itu, Kelantan berjaya mengutip tiga mata penuh menentang Perak 1-0 menerusi gol sulung Wan Zack Haikal pada minit ke-73.
Nor Farhan Muhammad dilayangkan kad merah tetapi skuad kendalian Zahasmi Ismail bertahan sehingga wisel penamat.
Terrenganu pesta gol di Selayang
Terengganu melakar kemenangan besar 5-1 di Stadium Selayang menentang ATM yang terus bergelut dalam carta Liga Super.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada babak pertama menerusi Mohd Shahrin buat Terengganu dan Abdulafees Abdulsalam buat ATM.
Namun pada babak kedua, Terengganu memulakan pesta gol seawal minit ke-48 menereusi Gustavo Lopez dan penyerang Norshahrul Idlan Talaha.
Issey Nakajima-Farran meledakkan dua gol dalam 15 minit terakhir untuk mendapatkan kemenangan ketiga berturut-turut.
KEPUTUSAN LAIN
Selangor 1-1 PDRM
Sarawak 0-2 Johor DT
Astro Arena
Sun Aug 02 2015

Agak menghairankan apabila Sime Darby menggantikan Perovic dan meletakkan Aliff Samsudin menjana gerakan pada awal babak kedua. - Gambar Astro ARENA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

JDT vs Pahang: 'Saya profesional, tiada belas kasihan' - Azamuddin Akil
Pemain tengah JDT, Azamuddin Akil bertekad membantu pasukannya meraih kemenangan dalam perlawanan menentang pasukan negeri kelahirannya, Pahang, malam ini.

Tok Gajah pamer aksi juara
Beraksi di atas padang basah, Sime Darby memperolehi dua gol pantas pada minit ke-10 dan minit ke-13 menerusi Marco Perovic.

Alex terlepas aksi Piala Sumbangsih
Azamuddin masih belum cergas sepenuhnya susulan kecederaan lutut kanan yang menimpanya ketika menyarung jersi Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF Suzuki yang lalu.

Pahang tewaskan T-Team, Azamuddin Akil tekad rebut tempat kesebelasan utama
Pahang melunaskan janji dengan memastikan kemenangan apabila menewaskan T-Team 2-0 di Stadium Darul Makmur.