KUALA LUMPUR: Akademi Badminton Malaysia (ABM) menggugurkan tiga pemain perseorangan lelaki akademi itu iaitu Lee Shun Yang, Chia Jeng Hon dan Rex Hooi Shao Heng.
Jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan Sugianto berkata keputusan itu bersandarkan penilaian prestasi atlet terbabit ketika beraksi pada kejohanan antarabangsa dan semasa menjalani sesi latihan.
"Ini kali pertama saya rasakan pengguguran paling sukar, kebiasaannya kita hanya gugurkan satu dua sahaja.
"Penilaian prestasi mereka dinilai dalam kejohanan serta turut berdasarkan data," katanya pada sidang media penilaian pemain kebangsaan di ABM, Bukit Kiara di sini hari ini.
Hendrawan berkata Shun Yang bagaimanapun dibenarkan untuk kekal berlatih di akademi itu selain turut ditawarkan sebagai rakan sepelatih (sparring) kepada pemain sedia ada.
Jurulatih berusia 51 tahun itu, dalam masa sama memaklumkan ABM turut mengambil pendekatan membahagikan pemain sedia ada kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan B.
Kumpulan A terdiri daripada Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Eogene Ewe manakala Kumpulan B melibatkan Shaqeem Eiman Shahyar, Chua Kim Sheng, Ong Ken Yon, Ong Zhen Yi dan Jacky Kok.
Beliau berkata Kumpulan A akan menyertai 12 hingga 14 kejohanan antarabangsa setahun, sementara Kumpulan B dikurangkan penyertaan sekitar empat hingga enam kejohanan sahaja.
"Mereka masih boleh memperbaiki kedudukan mereka untuk dimasukkan dalam Kumpulan A, dengan syarat mereka menunjukkan keputusan yang bagus apabila kita menghantar mereka menyertai kejohanan luar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023


RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Soon Huat-Shevon berlatih di ABM
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie akan menyertai kem latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

BAM sedia bantu Xi Quan dengan rawatan pemulihan
Persatuan Badminton Malaysia sedia tawar Ng Qi Xuan jalani rawatan pemulihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) susulan kecederaan lutut.

Peningkatan Hon Jian-Haikal tembusi 20 teratas dunia perkembangan positif - Rexy
Beregu muda negara itu mendaki lapan anak tangga untuk menduduki ranking ke-20 dunia, iaitu kedudukan terbaik dalam karier.

Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).

Piala Uber 2024: Pearly-Thinaah disingkirkan?
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky memberi bayangan pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M.Thinaah mungkin tidak diturunkan pada Piala Uber 2024 di China.

Tiga pemain digugurkan daripada ABM
Akademi Badminton Malaysia (ABM) menggugurkan tiga pemain perseorangan lelaki akademi itu iaitu Lee Shun Yang, Chia Jeng Hon dan Rex Hooi Shao Heng.

ABM lantik Robosin sebagai Ketua Jurulatih Remaja yang baharu
Bekas pemain badminton Indonesia Jeffer Rosobin dijadual menjalankan tugas selaku Ketua Jurulatih Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang baharu.

Aaron-Wooi Yik telah tampil aksi sebenar di separuh akhir - Rexy Mainaky
Selepas kekalahan di aksi final kejohanan Terbuka China, Aaron-Wooi Yik menerima kecaman susulan prestasi hambar dan tewas mudah kepada wakil tuan rumah.

Peraturan pakaian pemain profesional: BAM sangkal dakwaan bekas pemain
Katanya, peraturan tersebut sudah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu.

Justin boleh jadi pengganti Chong Wei - Misbun
Justin disifatkan Misbun sebagai pemain terbaik pernah dibimbingnya sepanjang beliau mengemudi kem perseorangan remaja sebelum ini.