KUALA LUMPUR: Pelumba dari Selangor, Farres Putra muncul juara keseluruhan saingan sulung FIM MiniGP Siri Malaysia di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang pada Ahad, sekali gus meraih tiket ke Kejuaraan Siri Dunia yang bakal berlangsung di Valencia, Sepanyol bulan depan.
Turut meraih tiket ke Valencia ialah Emil Idzhar dan Farish Hafiy yang masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga secara keseluruhan dalam kejuaraan pembangunan bakat peringkat akar umbi anjuran bersama Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan ZK Racing Team.
Menurut kenyataan daripada SIC, Farres meraih 135 mata selepas empat pusingan siri itu, mengatasi Emil (122) dan Farish (120 mata) dengan perlumbaan pada hari ini menjadi perlumbaan paling mencabar kepada pelumba-pelumba cilik berkenaan.
Setiausaha Agung MAM Muizz Azli sambil mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga pelumba itu, berharap mereka dapat mempamerkan aksi yang baik di Kejuaraan Siri Dunia nanti.
"Hari ini saingan bermula dengan perlumbaan basah pada Perlumbaan 1 dengan Perlumbaan 2 pula di trek yang agak kering, tentunya, ini adalah pengalaman yang cukup baik kepada para pelumba khususnya mereka yang akan bersaing di Valencia," katanya dalam kenyataan sama.
Diiktiraf oleh Dorna, pemegang hak penganjuran kejuaraan MotoGP Dunia dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), para pelumba bersaing menggunakan Ohvale 160cc, yang merupakan motosikal perlumbaan keluaran Itali dan ditunggang pelumba remaja berusia antara 11 hingga 13 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 24 2021

Pelumba dari Selangor, Farres Putra muncul juara keseluruhan saingan sulung FIM MiniGP Siri Malaysia di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang pada Ahad. - Foto Facebook FIM MiniGP Malaysia

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Cub Prix: Firdaus Hamdan, Farres Putra, Azroy Hakeem dominasi catatan masa terpantas
Firdaus Hamdan mencatat masa terpantas 1 minit 19.625 saat, meninggalkan pencabar terdekat Md Izam Ikmal dan Md Syamil Amsyar.

Tiga pelumba cilik FIM MiniGP raih tiket ke Valencia
Pelumba dari Selangor, Farres Putra muncul juara keseluruhan saingan sulung FIM MiniGP Siri Malaysia di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang pada Ahad.