Kerajaan negeri Kedah tidak boleh sewenang-wenangnya menyalurkan dana atau peruntukan kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), bagi menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pihak pengurusan Skuad Lang Merah, yang dikatakan sudah tertunggak selama lima bulan.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, walaupun ada pihak yang menyuarakan pandangan agar kerajaan negeri membantu KFA, perkara itu tidak boleh dilakukan, memandangkan keutamaan kerajaan negeri adalah bagi membantu rakyat negeri ini.
"Ada yang suruh ambil sahaja duit dari mana-mana untuk selesaikan masalah ini, tetapi saya tidak akan buat macam itu. Itu duit untuk golongan yang memerlukan dan saya tegas dengan pendirian saya.
"Saya tahu, peminat prihatin dengan nasib pemain, tetapi isu ini sudah lama berlaku. Masa itu, tiada siapa yang bersuara tetapi bila saya baharu sahaja memegang jawatan sebagai Presiden KFA, semua merungut dan hentam saya," katanya dalam sidang media selepas melancarkan produk pelancongan baharu Menara Alor Setar, 'Star View' di sini, hari ini.
Untuk rekod, Muhammad Sanusi dilantik sebagai Presiden KFA yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, pada Kongres Luar Biasa (EGM) KFA 2020, 12 Julai lalu.
Menurut beliau lagi, masalah yang ditanggung KFA bukan hanya soal tunggakan gaji pemain tetapi juga melibatkan tunggakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan penyedia tiket pengangkutan pasukan.
Muhammad Sanusi mendakwa, masalah itu juga bermula di bawah pengurusan terdahulu dan ketika ini beban hutang yang ditanggung persatuan itu, telah mencecah RM10.6 juta.
"Kenapa buat kontrak gaji pemain sampai cecah RM120,000, semua ini buat tidak ukur baju di badan sendiri. Kesilapan telah pun berlaku, tetapi peminat duduk diam sahaja dan adakah sekarang peminat mahu saya ambil duit orang miskin, anak yatim dan ibu tunggal, untuk diberi kepada pemain," soalnya.
Muhammad Sanusi bagaimana pun menjelaskan, KFA akan mengadakan mesyuarat pada 3 Ogos depan, bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut yang dihadapinya, selain menilai semula pelaksanaan beberapa perkara di bawah pengurusan terdahulu.
"Kalau perlu 'overhaul' atau buat pemotongan gaji, saya akan lakukan. Kalau keupayaan sebenar adalah bayar gaji RM20,000, kita bayar itu sahaja, dan siapa yang sanggup bermain untuk negeri Kedah dengan bayaran gaji itu sila tunggu.
"Kalau siapa yang rasa mereka patut dapat bayaran gaji lagi tinggi, KFA buka pintu kepada mereka untuk cari tempat yang lebih baik dari aspek kewangan. Tetapi, saya rasa semua pemain Kedah mempunyai semangat cintakan negeri yang tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 26 2020

Muhammad Sanusi berkata, walaupun ada pihak yang menyuarakan pandangan agar kerajaan negeri membantu KFA, perkara itu tidak boleh dilakukan. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.