Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkeras mahukan Majlis Sukan Negara (MSN) kembali menyenaraikan sukan itu sebagai sukan teras negara dan menjadi acara pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018.
Presidennya Datuk Seri Ahmad Ismail berkata pihaknya tidak berhasrat membuat sebarang rayuan kerana merasakan tidak ada alasan untuk sukan berkenaan digugurkan daripada senarai 19 sukan teras kebangsaan itu.
Beliau berkata PSM mempunyai bahan dan laporan lengkap yang menyokong bahawa sukan itu masih relevan dan layak untuk mengisi senarai sukan teras negara.
"Sehingga sekarang, tidak ada satu penjelasan kukuh daripada Ketua Pengarah MSN (Datuk Ahmad Shapawi Ismail) berhubung pengguguran sepak takraw kepada PSM," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama Exco PSM di Ibu pejabat PSM, semalam.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata PSM akan mengatur perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bagi membincangkan serta mencapai kata sepakat untuk mengatasi kemelut berkenaan.
"Kita tidak akan berbincang dengan MSN. Kita hanya akan berbincang dengan menteri (Khairy). Kita akan kemukakan semua fakta berkaitan prestasi sukan sepak takraw seterusnya biarkan menteri sendiri yang menilai dan membuat keputusan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata atas inisiatif PSM menganjurkan Liga Sepak Takraw (STL), kejohanan itu berjaya meraih rating lebih lima juta penonton sepanjang ia ditayangkan secara langsung di sebuah saluran televisyen berbayar negara pada tahun ini.
"Kita sudah mempunyai begitu ramai peminat tetapi tiba-tiba sahaja sepak takraw seperti ingin 'dilelapkan'. Kita akan bangkitkan semangat mereka semua untuk berjuang dengan kita demi mempertahankan sukan ini," katanya.
Ahmad berkata PSM mengambil alih sepak takraw pada 2003 daripada MSN dan dalam masa dua tahun, sukan berkenaan menyumbang pingat emas kepada negara menerusi acara antara regu pada Sukan SEA 2005 di Manila.
"Selepas itu, pada 2008 sepak takraw mula disenarai sebagai sukan teras… memanglah prestasi itu ada turun dan naik sehingga ke hari ini.
"Paling tidak, MSN perlu fikir satu sahaja… beri peluang sehingga Sukan Asia tahun depan. Kalau kami tidak berjaya di Sukan Asia barulah kita duduk berbincang untuk fikir tindakan selanjutnya," kata beliau.
Sementara itu, Ahmad turut mempersoal jika terdapat permainan politik dalam MSN sehingga menggugat sepak takraw dan dua sukan lain yang turut digugurkan.
"Kalau mereka nak main politik, mereka harus keluar daripada MSN dan masuk dalam kancah politik tetapi kalau mahu terus berada dalam MSN, tolong buat kerja untuk memajukan sukan," tegasnya.
Sebelum ini, media melaporkan Khairy mengumumkan angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan daripada 19 sukan teras negara di bawah program MSN bermula Sukma Perak 2018.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN yang dipengerusikan Khairy, berikutan prestasi merosot tiga sukan berkenaan, selain terpalit isu doping serta kemelut kepimpinan dalam persatuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2017
![Tiada alasan sepak takraw digugurkan daripada sukan teras, Sukma - PSM Tiada alasan sepak takraw digugurkan daripada sukan teras, Sukma - PSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/81503120358_950x600.jpg)
Ahmad Ismail berkata, sepak takraw sudah mempunyai begitu ramai peminat tetapi tiba-tiba sahaja ia seperti ingin 'dilelapkan'. - Gambar hiasan
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665134815_TBnabil.jpg)
Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Ahmad Ismail berusia 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada pukul 2 petang tadi.
![NGO saran Hutan Simpan Tanjung Tuan dijadikan hutan pelancongan, pendidikan NGO saran Hutan Simpan Tanjung Tuan dijadikan hutan pelancongan, pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655070239_ProfDrAhmadIsmail.jpg)
NGO saran Hutan Simpan Tanjung Tuan dijadikan hutan pelancongan, pendidikan
Hutan seluas 607,000 meter persegi itu telah diiktiraf sebagai kawasan penting burung dan kepelbagaian biologi, selain sebagai tempat penting burung pemangsa oleh pertubuhan antarabangsa.
![Cabaran getir menanti presiden baharu PSM Cabaran getir menanti presiden baharu PSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644019577_TBAHMADISMAIL.jpg)
Cabaran getir menanti presiden baharu PSM
12 Februari ini seluruh ahli gabungan PSM kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sarawak akan memilih kepimpinan baharu.
![Tok Mat tinggalkan kerusi nombor satu Pulau Pinang Tok Mat tinggalkan kerusi nombor satu Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621977178_TBAHMADISMAIL.jpg)
Tok Mat tinggalkan kerusi nombor satu Pulau Pinang
Dia mengundur diri bagi mengelak sebarang konflik memandangkan sudah meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia, 4 Jun lalu.
![Penyingkiran PSM kekal - ASTAF Penyingkiran PSM kekal - ASTAF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614657814_TBASTAFPRESIDEN.jpg)
Penyingkiran PSM kekal - ASTAF
Keputusan itu akan disampaikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan bersesuaian mengikut perundangan Malaysia.
![Presiden Perak tolak terajui PSM Presiden Perak tolak terajui PSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623020796_PERSERDA.jpg)
Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.
![ASTAF tambah penggantungan Tok Mat ASTAF tambah penggantungan Tok Mat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621977178_TBAHMADISMAIL.jpg)
ASTAF tambah penggantungan Tok Mat
Kini beliau perlu jalani hukuman penggantungan selama 17 tahun bermula 6 Mei 2021.
![PSS persatuan terbaru keluar PSM PSS persatuan terbaru keluar PSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620786117_AhmadIsmail.jpg)
PSS persatuan terbaru keluar PSM
PSS merupakan persatuan ketiga mengambil tindakan itu selepas Gabungan Sepak Takraw Kelantan dan Persatuan Sepak Takraw Johor.
![Tok Mat digantung 15 tahun, diberikan tempoh 14 hari untuk merayu Tok Mat digantung 15 tahun, diberikan tempoh 14 hari untuk merayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620231071_AhmadIsmail.jpg)
Tok Mat digantung 15 tahun, diberikan tempoh 14 hari untuk merayu
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail digantung selama 15 tahun mulai esok oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) hari ini.
![Tiada jawapan, ASTAF anggap Ahmad tidak minat bela diri Tiada jawapan, ASTAF anggap Ahmad tidak minat bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620162128_TBAHMADISMAIL.jpg)
Tiada jawapan, ASTAF anggap Ahmad tidak minat bela diri
Abdul Halim berharap Ahmad dapat memberi kerjasama menghadiri prosiding tatatertib hari ini untuk menentukan status dan kedudukannya.