KUALA LUMPUR: Bapa kepada pengacara terkenal, Nabil Ahmad, meninggal dunia, hari ini.
Memetik laporan Mstar, Allahyarham Ahmad Ismail yang berusia 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada pukul 2 petang tadi selepas mengalami komplikasi jantung.
Perkara tersebut disampaikan oleh pengurus Nabil yang turut memaklumkan sebelum ini Allahyarham dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang pada Khamis minggu lalu.
Difahamkan, pengacara Meletop dan Gegar Vaganza itu kini berada di Hospital Serdang bagi proses pengurusan jenazah.
Jenazah juga akan dibawa pulang ke kampung halaman Nabil di Mambau, Negeri Sembilan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam.
Faida Rahim
Fri Oct 07 2022
Nabil kehilangan ayahnya, Allahyarham Ahmad Ismail yang meninggal dunia di Hospital Serdang sekitar puku 2 petang Jumaat. - Gambar Instagram
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Veteran ATM meninggal dunia ketika hadiri majlis di MAEPS
Md Abadi meninggal dunia di Hospital Serdang sekitar 2.30 petang, menurut kenyataan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Isteri aktor Harun Hashim meninggal dunia
Allahyarham dikejarkan ke hospital Jumaat lalu selepas mengadu sesak nafas.
Tiga termasuk seorang wanita hamil maut, kereta terbabas
Tiga termasuk seorang wanita hamil maut selepas kereta dinaiki terbabas berhampiran IOI Putrajaya.
Tiga maut dalam ujian kenderaan di loji Hyundai Motor
Siasatan awal mendapati kematian itu mungkin berpunca daripada pendedahan kepada gas toksik dalam kawasan ujian tertutup.
Penari balet terkenal dunia maut terjatuh dari balkoni ketika hisap rokok
DUNIA tarian balet kehilangan seorang penari terbaik, Vladimir Shklyarov selepas dia diumumkan meninggal dunia pada Sabtu.
Jenazah ‘maestro’ industri hiburan, S. Atan selamat dikebumikan
Jenazah maestro industri hiburan tanah air Datuk Hashim Said, yang lebih dikenali sebagai S. Atan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang pada jam 11 pagi Ahad.
Jenazah Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor selamat dikebumikan
Jenazah dikafan dan disolatkan di Masjid Bomba Larkin sebelum dibawa ke kediaman Allahyarham di Kampung Serama, Larkin untuk penghormatan terakhir.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 November 2024.
Komposer legenda S. Atan meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kajang pada jam 3.23 petang Sabtu.
'Ayah sangat pentingkan pendidikan' - Anak sulung Allahyarham Tan Sri Ibrahim Saad
Zaiful, 53, berkata bapanya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang disifatkan seorang yang sangat mementingkan pendidikan.