PERSEKUTUAN Sepak Takraw Asia (ASTAF) menyifatkan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail, tidak berminat untuk mempertahankan diri selepas gagal menjawab tuduhan terhadapnya.
Presidennya, Datuk Abdul Halim Kader, berharap Ahmad dapat memberi kerjasama menghadiri prosiding tatatertib hari ini untuk menentukan status dan kedudukannya.
Permintaan Ahmad untuk melanjutkan tarikh menjawab tuduhan secara bertulis tidak diterima ASTAF.
Tambah Halim, prosiding tatatertib tetap akan diteruskan hari ini untuk mendengar dan membicarakan tuduhan terhadap Ahmad sekiranya beliau memilih untuk tidak hadir.
ASTAF memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan tindakan tatatertib terhadap PSM berikutan kenyataan Ahmad mengenai pemilihan ASTAF 1 Mac lalu dan PSM juga digantung sementara sehingga perbicaraan diadakan.
"Pihak ASTAF tidak menerima sepertimana kami hendaki dalam 14 hari sebaliknya kami pula diberikan soalan-soalan baru untuk kami berikan kepada beliau. Jadi dalam erti kata lain, beliau enggan mempertahankan diri dan segalanya terpulang kepada pihak Ahmad," katanya.
"Seramai tujuh orang dilantik bagi mengendalikan kes berprofil tinggi yang dianggap penting kerana ia bukan kes biasa kerana ia melibatkan seorang presiden dalam badan induk sukan negara dan merupakan salah seorang anggota dalam ASTAF."
Astro Arena
Tue May 04 2021
Datuk Seri Ahmad Ismail, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia. - Gambar fail
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
Pengurus skuad sepak takraw wanita negara digantung lima tahun
Astaf telah mengarahkan PSM mengeluarkan surat rasmi kepada Wan Mohd Husni dengan melucutkan semua jawatan dipegang beliau berkuat kuasa 9 Dis 2019 hingga 8 Dis 2024.
Indonesia bantah penyertaan Malaysia acara antara regu
Asnawi berkata tindakan itu tidak mengikut peraturan dan jika diteruskan dengan keputusan tersebut, pasti akan memberi masalah pada hari perlawanan kelak.