SEMUA tahu bahawa sepak takraw yang sinonim dengan masyarakat Melayu bukan sekadar permainan rakyat. Sebaliknya sukan warisan itu melambangkan maruah dan jati diri dalam kalangan komuniti sepak takraw sejak era Kesultanan Melayu Melaka.
Malah, elemen-elemen seperti melibas, mengadang dan merejam sudah cukup melambangkan seni kepahlawanan orang Melayu itu sendiri setiap kali masuk gelenggang menentang musuh dalam mempertahankan maruah dan mengemudi hala tuju bangsanya.
Tanggal 12 Februari ini seluruh ahli gabungan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sarawak termasuk Perlis, akan melaksanakan tanggungjawab memilih kepimpinan baharu badan induk tersebut.
Sesi pemilihan itu juga antara usaha untuk kembali semula diterima Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) selepas PSM disingkirkan daripada badan induk tersebut.
Jawatan nombor satu PSM kini kosong apabila Datuk Seri Ahmad Ismail melepaskan jawatannya pada 4 Jun lalu setelah memegang tampuk kepimpinan PSM sejak 27 Disember 2002, selepas badan induk sepak takraw negara tersebut terpalit isu dengan ASTAF.
'Gendang perang' pemilihan kepimpinan baharu PSM sudah dipalu apabila Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak), Zuraidin Abdullah mula menawarkan diri bertanding untuk mengisi kekosongan presiden keenam badan induk tersebut.
Selain jawatan presiden, turut dipertandingkan adalah satu kerusi timbalan presiden dan tiga posisi naib presiden - yang sememangnya tiga portfolio itu saling mendukung antara satu sama lain.
Biarpun begitu proses menawarkan diri untuk bertanding merebut mana-mana jawatan itu masih lagi terbuka sehingga tengah hari Ahad, yang pastinya dijangka berlaku pelbagai kejutan pada saat-sat akhir.
Apapun kesudahannya pemilihan kepimpinan baharu itu nanti, sebenarnya tugas berat sudah pun menanti presiden baharu - bermula dengan usaha meraih semula keyakinan seluruh komuniti sepak takraw Malaysia.
Dua temasya tahun ini - Sukan SEA Hanoi di Vietnam dan Sukan Asia Hangzhou di China menjadi ujian buat Presiden PSM. Sudah tentu, kilauan emas diletakkan sebagai penanda aras selain mengakhiri dominasi Thailand sejak sekian lama.
Di Hanoi, Malaysia bakal menghadapi saingan sengit musuh tradisi, Thailand serta Indonesia dan Myanmar manakala di Hangzhou, Korea Selatan dijangka mampu menghadirkan ancaman selain tiga negara jiran Asia Tenggara itu.
Satu lagi cabaran yang perlu dihadapi presiden baharu adalah usaha untuk mengharmonikan semula hubungan badan induk tersebut dengan ASTAF yang diketuai presidennya, Datuk Abdul Halim Kadir.
Penyingkiran PSM daripada ASTAF sebenarnya tidak hanya merugikan kedua-dua pihak, namun sebenarnya lebih merugikan pembangunan akar umbi sepak takraw negara.
Antara cabaran lain menanti presiden baharu adalah untuk terus memujuk ahli gabungannya dari Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sarawak serta Perlis kembali bersatu di bawah satu payung PSM.
Apapun, cabaran pertama presiden baharu bermula sebaik berakhirnya pemilihan apabila perlu memastikan saf dalam kalangan ahli keluarga besar PSM yang berusia lebih 60 tahun ini kembali dirapatkan semula.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 04 2022

Jawatan nombor satu PSM kosong apabila Ahmad (gambar) melepaskan jawatannya pada 4 Jun lalu setelah memegang tampuk kepimpinan PSM sejak 27 Dis 2002. - Gambar fail

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Zuraidin tarik diri tanding Presiden PSM
Keputusan menarik diri dibuat dengan mengambil kira semua perkara serta pandangan selain percaya dengan kewibawaan dan pengalaman Mohd Sumali untuk mentadbir badan itu dengan baik.

Cabaran getir menanti presiden baharu PSM
12 Februari ini seluruh ahli gabungan PSM kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sarawak akan memilih kepimpinan baharu.

Zuraidin tawar diri tanding jawatan Presiden PSM
Zuraidin berkata keputusan itu dibuat selepas menerima pandangan dan sokongan daripada ahli gabungan GASTAK.

Presiden PSM: Zuraidin tunggu 'restu'
Zuraidin berkata, beliau buat masa ini belum mendapat sebarang ilham untuk menawarkan diri untuk jawatan tersebut.

Cadang had tempoh presiden sepak takraw
Zuraidin berkata pihaknya dalam usaha memperbaiki struktur pengurusan negara dan antara langkah proaktif yang diambil ialah mengusulkan had tempoh seseorang presiden itu berkhidmat.

Pelbagai langkah perlu diambil untuk kembalikan kegemilangan sepak takraw negara - GASTAK
Ia perlu dilakukan selepas beberapa persatuan sepak takraw negeri menarik diri daripada Persatuan Sepak Takraw (PSM).

Harap atlet tutup aurat di Sukma
Kerajaan Kelantan berharap atlet negeri ini dapat membawa imej patuh syariah ketika bertanding dalam Sukan Malaysia (Sukma) XIX Perak 2018, bermula 11 September ini.