KUALA NERUS: Pengendali Terengganu FC ll (TFC ll), Badrul Afzan Razali tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya biarpun sekadar mengutip satu mata ketika menentang Selangor 2 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini, malam tadi.
Menurutnya, nasib dilihat kurang menyebelahi pasukannya apabila beberapa percubaan cantik di babak pertama dan kedua gagal menghasilkan sebarang jaringan untuk The Turtles mencipta kemenangan di laman sendiri.
"Secara keseluruhan saya masih berpuas hati dengan persembahan anak buah yang bermain dalam disiplin satu pasukan untuk memburu kemenangan.
"Tetapi saya juga perlu akui bahawa banyak peluang yang kita dapat, gagal digunakan dengan baik menyebabkan kita sekadar pulang dengan satu mata di laman sendiri," katanya selepas aksi Liga Premier menentang Selangor 2 di SSMZA malam tadi.
Turut berlangsung malam tadi ialah upacara penyampaian Anugerah Kasut Emas Liga Premier oleh Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas selaku wakil Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kepada penyerang import TFC ll Jordan Mintah.
Dalam perkembangan lain, Badrul Afzan berkata beliau bersetuju melepaskan empat pemainnya untuk menghadiri latihan pusat Sukan SEA Hanoi, Vietnam.
Menurut beliau walaupun berat hati, keputusan itu terpaksa dibuat demi kepentingan negara serta memberi peluang kepada pemain mudanya mewakili negara dalam kejohanan di peringkat antarabangsa.
"Empat pemain iaitu Nur Azfar Fikri Azhar, Muslihuddin Attiq Mat Zaid, Safwan Mazlan dan penjaga gol utama TFC ll, Syed Nasrulhaq Syed Bidin akan menghadiri latihan di Kelana Jaya pada 27 atau 28 April ini.
"Walaupun saya amat memerlukan khidmat mereka untuk kempen Liga Premier musim ini, saya ambil positif bahawa ini adalah peluang keemasan untuk pemain muda beraksi di pentas antarabangsa," katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Selangor 2 Rusdi Suparman berkata beliau berpuas hati kerana misi untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari bumi Terengganu tercapai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022

Badrul Afzan Razali tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya biarpun sekadar mengutip satu mata ketika menentang Selangor 2. - Foto BERNAMA

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.