JAGUH muay Thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, membuktikan dirinya berkeboleh untuk beraksi di pentas tinggi malah bersaing dengan petinju yang lebih berpengalaman di peringkat antarabangsa.
Walaupun tewas buat kali pertama, menamatkan rentetan sembilan kemenangan berturut-turut di tangan juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, ia merupakan satu pertembungan yang cukup menarik.
Sepanjang tiga pusingan tiga minit itu, Jojo tidak pernah mengundur dan berusaha untuk mengasak lawan tanpa henti sementara Nguyen mengambil pendekatan untuk melakukan serangan balas.
Tanpa henti mengajak lawan saling bertukar tumbukan serta tendangan, Jojo telah menampilkan perlawanan yang cukup menarik buat semua yang menyaksikan dirinya beraksi sebentar tadi.
Selepas tamat tiga pusingan, Jojo terpaksa akur dengan keputusan pengadil yang memilih Nguyen sebagai pemenang perlawanan tersebut. - Stadium Astro
Astro Arena
Sat Jun 08 2024

Jojo telah menampilkan perlawanan yang cukup menarik buat semua yang menyaksikan dirinya beraksi pada Sabtu. - Stadium Astro

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Jojo dedah patah tangan enam minggu sebelum tumbangkan Cruz
Jojo berkata, dia hampir menarik diri namun bersyukur kerana sempat pulih sebelum aksi menentang petarung Mexico itu.

Tewas buat kali pertama, namun 'semangat berani' Jojo raih perhatian ramai
Jojo terpaksa akur dengan keputusan pengadil yang memilih Nguyen sebagai pemenang perlawanan tersebut.