JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Azizulhasni dilihat memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek, sekali gus menyaksikan perlumbaan itu terpaksa dimulakan semula dan penyertaan Azizulhasni dalam pusingan itu dibatalkan.

Meskipun telah dilakukan perbincangan dengan pihak juri, keputusan penyingkiran itu difahamkan telah muktamad dan tiada repechage buat Azizulhasni, sekali gus mengakhiri perjalanannya dalam edisi kali ini.

Perkara itu disahkan wakil Astro Arena di venue perlumbaan itu, Zulhelmi Zainal Azam.  - StadiumAstro