ALEXANDER Zverev berasa terkejut selepas Novak Djokovic dibatalkan penyertaan daripada Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal pagi tadi.
Pemain nombor satu dunia, Djokovic, dibatalkan penyertaan selepas terpukul bola ke arah penjaga garisan dalam perlawanan pusingan 16 menentang Pablo Carreno Busta.
Ia bermakna, satu juara baru akan dinobatkan dalam kejohanan itu dengan Zverev antara pesaing utama di Flushing Meadows.
Bercakap selepas menewaskan Alejandro Davidovich Fokina 6-2, 6-2, 6-1, pemain pilihan kelima dari Jerman itu berkata dia seakan-akan tidak percaya Djokovic akan disingkirkan dengan cara seperti itu.
"Saya tidak fikir saya pernah dibatalkan penyertaan dalam karier atau hidup saya. Tidak, saya tidak pernah berada dalam situasi itu. Tetapi seperti yang saya kata, ia amat tidak bernasib baik, ia amat malang," kata Zverev dalam sidang media.
"Saya fikir keputusan itu dibuat oleh penyelia perlawanan dan seperti yang saya kata, mereka hanya melakukan tugas mereka.
"Tidak banyak yang saya boleh katakan mengenainya. Saya tidak tahu. Maksud saya, saya tidak tahu untuk berkata apa.
"Sejujurnya saya agak terkejut buat masa ini," katanya.
BACA: Terbuka AS: Djokovic rasa sedih, kosong selepas cederakan penjaga garisan
Zverev akan bertemu sama ada pemain pilihan ke-27 dari Croatia, Borna Coric, atau pemain Australia, Jordan Thompson, dalam separuh akhir.
Selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Australia tahun ini, Zverev berkata dia amat teruja dengan saingan kategori lelaki di New York.
"Akan ada seorang juara grand slam baru. Itulah yang saya tahu setakat ini.
"Tiada lagi pemenang grand slam yang masih bersaing dalam kejohanan ini.
"Saya fikir ia akan menjadi milik salah sorang pemain muda jika anda mengambil kira Dominic Thiem sebagai pemain muda. Dia juga amat jelas berpeluang untuk menjadi pemenang.
"Kini ia menjadi semakin menarik. Saya fikir ini masanya untuk ia menjadi amat menarik.
"Saya tahu siapa yang masih bersaing. Saya tahu siapa yang saya boleh tewaskan. Saya kenal baki pemain yang masih bersaing.
"Kita akan lihat sampai ke tahap mana kami mampu lakukannya," tambahnya.
Astro Arena
Mon Sep 07 2020
![Terbuka AS: Zverev terkejut Djokovic dibatalkan penyertaan Terbuka AS: Zverev terkejut Djokovic dibatalkan penyertaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/71599451148_USOpentennis.jpg)
Alexander Zverev (gambar) membalas pukulan Alejandro Davidovich Fokina dalam perlawanan pusingan keempat Kejohanan Tenis Terbuka AS di New York, 6 Sept, 2020. (Foto AP)
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Terbuka AS: Zverev terkejut Djokovic dibatalkan penyertaan Terbuka AS: Zverev terkejut Djokovic dibatalkan penyertaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599451148_USOpentennis.jpg)
Terbuka AS: Zverev terkejut Djokovic dibatalkan penyertaan
Ia bermakna, satu juara baru akan dinobatkan dalam kejohanan itu dengan Zverev antara pesaing utama di Flushing Meadows.