KUALA LUMPUR: Juara dunia Natasha Mohamed Roslan tidak pernah terfikir minat mendalam terhadap tenpin boling akan membawanya mengembara hampir ke seluruh pelusuk dunia selepas diperkenalkan kepada sukan itu oleh ibunya.
Menceritakan perjalanan sebagai atlet negara, Natasha yang merangkul pingat emas acara individu wanita pada Kejohanan Dunia di Kuwait awal bulan ini berkata, beliau dipanggil menyertai skuad remaja kebangsaan ketika berusia 15 tahun.
Menurut juara remaja dunia 2016 itu yang mula bermain tenpin boling seawal usia tujuh tahun, selepas setahun bersama skuad remaja kebangsaan, beliau mengundurkan diri kerana mahu memberikan tumpuan kepada persekolahan sehingga tamat tingkatan lima.
Ibarat bertemu bukit di tepi telaga, usai tamat persekolahan, anak jati Selangor berusia 27 tahun itu terpilih untuk bersama skuad utama kebangsaan dan sejak itu berpuluh negara dilawatinya sepanjang 10 tahun membawa nama Malaysia.
"Amerika Syarikat (AS) negara paling banyak kali saya pergi, yang belum pergi Afrika Selatan, Colombia dan beberapa negara di Eropah tetapi sebelah Asia dah lengkap kerana tidak banyak kejohanan di Eropah, lebih banyak di Asia," katanya kepada Bernama di sini.
Natasha yang juga sebahagian daripada skuad juara dunia acara berpasukan wanita di Las Vegas, AS pada 2017 berkata Jerman adalah negara pertama dilawatinya selepas bergelar pemain kebangsaan dan perjalanan ke sana mempunyai pengalaman manis tersendiri.
Sewaktu menyertai kejohanan di Jerman ketika itu, beliau menerima perkhabaran mengenai keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui telefon oleh ibunya, Anita Mohamad Ali.
"Saya ingat perjalanan ke Jerman kerana waktu itu keputusan SPM keluar di sini, saya minta ibu bapa saya pergi ambil, (waktu itu) saya takut sebab takut kena marah kalau keputusan tidak baik tetapi Alhamdulillah keputusan okey dan ibu bapa terus cakap fokus boling (dan) jangan fikir pasal benda lain.
"Kenangan itu paling saya ingat disebabkan perbezaan waktu saya terima panggilan pada waktu malam, ibu bapa gembira jadi saya pun lega dan boleh berikan tumpuan kepada boling," katanya.
Anak keempat daripada lima beradik itu berkata dari sudut sukan tenpin boling, AS negara paling menarik perhatiannya disebabkan ilmu dan pengalaman berharga yang diraih.
"Di sana apabila kita beraksi dalam PWBA (Persatuan Boling Wanita Profesional), saya belajar banyak benda, di sana mereka sangat teliti dalam sukan ini sebagai contoh cara mereka anjurkan kejohanan dan menjaga pemain.
"Sewaktu kejohanan di sana jurulatih tak boleh berada bersama kami, semuanya antara pemain dan lorong, kita perlu belajar sendiri apa kelemahan kita dalam setiap kejohanan disebabkan itu, di sana ada antara pemain terbaik dunia," katanya yang merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023

Selepas setahun bersama skuad remaja kebangsaan, Natasha mengundurkan diri kerana mahu memberikan tumpuan kepada persekolahan sehingga tamat Tingkatan Lima. - Foto Facebook Bowling Malaysia

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.

ASN 2023: Mike Mahen, Natasha rangkul Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan
Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah diangkat sebagai Olahragawan Kebangsaan, manakala Natasha Mohamed Roslan dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan.

Kekalahan mengejut beri pengajaran berguna kepada Natasha
Pemain boling elit wanita negara, Natasha Mohamed Roslan mengalami kekalahan mengejut pada Kejohanan Boling Kebangsaan ke-45 semalam, selepas kira-kira sebulan muncul juara dunia buat kali pertama.

Tenpin boling bawa Natasha keliling dunia
Natasha berkata, beliau dipanggil menyertai skuad remaja kebangsaan ketika berusia 15 tahun.

Natasha rangkul emas kejohanan boling dunia di Kuwait
Pemain berusia 27 tahun itu mengenepikan cabaran rakan senegara, Sin Li Jane menerusi keputusan 2-1 dalam format tiga permainan terbaik.

Natasha-Li Jane genggam gangsa di Alabama
Natasha-Li Jane mengatasi cabaran sengit pasangan Colombia Juliana Franco-Clara Guerrero dengan kemenangan 235-204, 247-237.

PKP pembakar semangat buat pemain boling negara mulakan perniagaan biskut
PKP mencetuskan idea buat Natasha untuk menceburi bidang perniagaan biskut dalam talian.