KUALA LUMPUR: Pemain boling wanita negara, Natasha Mohamed Roslan menamatkan kemarau 12 tahun Malaysia selepas memenangi pingat emas acara individu pada Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait, malam tadi.
Lebih manis, pemain berusia 27 tahun itu mengenepikan cabaran rakan senegara, Sin Li Jane menerusi keputusan 2-1 dalam format tiga permainan terbaik pada aksi berlangsung di Kuwait Bowling Sporting Club.
Natasha bermula cemerlang di perlawanan pertama selepas melakukan 259 jatuhan pin berbanding 194 oleh Jane.
Jane walaupun bangkit memenangi perlawanan kedua 238-162, tidak dapat menandingi kehebatan Natasha apabila tewas 165-185 pada perlawanan penentuan sekali gus terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara itu adalah menerusi Jacqueline Sijore pada 2011 di Hong Kong.
Sementara itu, wakil Korea Selatan, Hong Hae Ni dan Son Hye Rin masing-masing berkongsi gangsa, menurut laman sesawang www.abf-online.org
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023

Natasha (dua, kiri) dan Jane (kiri) ketika majlis penyampaian pingat pada Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait, malam tadi. - Facebook Bowling Malaysia

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.

Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.

Piala Dunia: Juara boling Muhammad Rafiq buru kemenangan di Kowloon
Muhammad Rafiq mahu tebus kekalahan di peringkat suku akhir pada edisi sebelum ini, sekali gus bawa pulang pingat dalam acara berpasukan.

Bekas Presiden MTBC P S Nathan meninggal dunia
Berita duka itu diumumkan MTBC yang menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat seluruh komuniti boling.

Skuad boling remaja wanita negara sambar emas di kejohanan dunia IBF
Skuad boling remaja wanita negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Stadium Fiesta Asiad Bowling Icheon.

Li Jane raih kejuaraan Terbuka AS
Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang menewaskan pemain dari Latvia Diana Zavjalova pada perlawanan akhir stepladder.

Skuad boling remaja tuai dua gangsa pada hari pertama kejohanan Asia
Kilauan gangsa itu disumbangkan Ethan Damian Goh dalam acara individu lelaki dan Qurratu'ain Izdihar Mohd Pozi bagi kategori individu wanita.

ANGKASA mahu media terus salur maklumat kebaikan berkoperasi - Abdul Fattah
Gerakan koperasi memainkan peranan penting kepada ekonomi rakyat dan pembangunan sosioekonomi negara, seiring dengan aspirasi Dasar Koperasi Malaysia (DAKOM) 2030.

Kekalahan mengejut beri pengajaran berguna kepada Natasha
Pemain boling elit wanita negara, Natasha Mohamed Roslan mengalami kekalahan mengejut pada Kejohanan Boling Kebangsaan ke-45 semalam, selepas kira-kira sebulan muncul juara dunia buat kali pertama.