KUALA LUMPUR: Pemain tenis kebangsaan Koay Hao Sheng kini lebih bersedia untuk bermain dalam kejohanan bertaraf tinggi selepas memenangi gelaran sulongnya dalam perseorangan lelaki di Terbuka Kuala Lumpur (Terbuka KL), semalam.
Pemain berusia 24 tahun dari Perlis itu muncul juara selepas mengalahkan pemain dari Indonesia Rifqy Sukma Ramadhan 6-4, 6-0 pada perlawanan akhir kejohanan Sirkit Kebangsaa (pusingan tiga) di Pusat Tenis Nasional di sini, sekali gus memenangi hadiah wang tunai RM8,000.
Hao Seng yang bermain pada kejonanan pertamanya selepas pandemik, berharap gelaran yang dimenangi beliau itu akan dapat meningkatkan keyakinannya bagi menghadapi Sukan SEA Kemboja 2023 dan Kumpulan III Piala Davies.
"Set pertama agak sukar dan saling bersaing, kerana kami berdua letih selepas bermain sehingga semalam. Walaupun beliau memberikan tentangan, saya berjaya menang set pertama, dan ini menjadikan saya lebih yakin pada set kedua.
"Ia satu gelaran besar untuk saya, saya gembira untuk menang... Namun masih terdapat perkara yang perlu saya perbaiki, terutamanya ketika bermain di jaring," katanya kepada media selepas perlawanan, sambil menambah lebih banyak perlawanan berintensiti tinggi diperlukan pemain negara untuk cemerlang di Sukan SEA.
Sementara itu pemain berusia 17 tahun dari Selangor Zenn Lim Sze Xuan, menjuarai kategori perseorangan wanita selepas menewaskan Iman Syuhada Abdullah dari Negeri Sembilan, 6-1, 6-2, untuk membawa pulang wang tunai RM5,000.
Zenn berharap kemenangan pertamanya pada peringkat kebangsan ini akan dapat diteruskan pada Piala Premier Sarawak, di mana beliau akan bertanding dalam acara Junior J1 dan J3 Jelajah Tenis Persekutuan Tenis Dunia (ITF), pada minggu hadapan.
"Gaya permainan dia (Iman Syuhada) agak berbeza, beliau banyak bermain bola tinggi, tidak mudah untuk menyerang bola sedemikian, kerana ketiadaan rentak, jadi anda perlu menggunakan dan kerahkan tenaga untuk mengikuti rentaknya, dan dalam masa sama perlu tepat.
"Jadi strategi saya, bermain dengan konsisten dan cuba buat beliau banyak berlari, bemain dekat net sebelum menolak kebelakang dan lakukan lebih banyak pukulan jatuh," kata Zenn.
Sementara itu Presiden Persatuan Tenis Malaysia Mirzan Mahathir berkata mereka bercadang untuk menggalakkan dan menaikkan pemain muda berpotensi termasuk Zenn untuk cemerlang dalam karier mereka.
"Bagi saya agak penting untuk kami, membimbing pemain baharu dalam perlawanan mereka dan bermain pada peringkat kebangsaan. Memenangi gelaran ini satu langkah signifikasi untuk karier beliau (Zenn) ... Dia dan pemain lain mempunyai potensi yang besar, tetapi apa yang lebih penting lagi ialah perpindahan daripada bermain di peringkat junior ke kategori terbuka dan meningkatkan standard mereka," katanya.
Mirzan berkata lebih 180 pemain termasuk 22 dari luar negara menyertai kejohanan itu yang menawarkan hadiah keseluruhan RM69,250 menerusi lapan kategori.
Keputusan lain:
Lelaki
--------
Beregu: Daniel Leong Prickett (PRK)-Christian Didier Chin (SAB) mn Imran Daniel (NSE)-Koay Hao Sheng (PER) 4-6, 7-5 (13-11)
Perseorangan Veteran: Dony Collin (INA) mn Nooriman Muhammad (INA) 5-2 (berhenti awal)
Perseorangan Masters: Abd Hazli Zainuddin (NSE) mn Ahmad Hazeeq (PER) 6-1, 6-1
Beregu Masters: Hafizi Hashim (KL)-Ahmad Hazeeq (PER) mn Abd Hazli Zainuddin (NSE) - Paul Poh (PEN) 7-5, 6-3
Wanita
---------
Beregu: Jessy Rompies (INA)-Jawairiah Noordin (PEN) mn Iman Syuhada (NSE)-Nao Phang (KL) 6-0, 6-1.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022

Aksi tangkas Koay Hao Sheng ketika menentang lawannya, Rifqy Sukma dalam peringkat akhir perseorangan lelaki pada Kejohanan Terbuka Tenis Kuala Lumpur 2022 di Kompleks Sukan Jalan Duta, 2 Okt 2022. --fotoBERNAMA

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.

Tenis: Jannik Sinner rangkul gelaran Terbuka AS
Jannik Sinner berjaya mengatasi kontroversi skandal anti-doping untuk memenangi gelaran Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama.

Djokovic, Alcaraz berentap di pentas final tenis Olimpik 2024
Djokovic menewaskan pemain Itali, Lorenzo Musetti, manakala Alcaraz menyingkirkan pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime.

Olimpik Paris 2024: Impian Nadal berakhir selepas kekalahan teruk kepada Djokovic
Rafael Nadal terpaksa melupakan impian untuk menambah koleksi pingat di Sukan Olimpik selepas tewas kepada Novak Djokovic 6-1, 6-4.

Olimpik Paris: Nadal mara pusingan kedua, bertemu Djokovic
Nadal meraih kemenangan di Roland Garros, menewaskan Fucsovics 6-1, 4-6, 6-4 dalam perlawanan selama dua jam setengah.

Sensasi Alcaraz pertahan gelaran Wimbledon
Di sebalik kemenangan 6-2, 6-2, 7-6(4), Alcaraz tetap percaya lawan dari Serbia itu kekal sebagai 'Superman' dalam arena tenis dunia.

Paris 2024: Nadal sah tidak sertai Wimbledon untuk fokus pada Olimpik
Pemenang 22 gelaran utama itu akan bertanding dalam acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki, di gelanggang tanah liat Roland-Garros.

Tenis: Jannik Sinner juara Terbuka ABN Amro
Selepas memenangi Terbuka Australia pada Januari, Sinner datang ke Rotterdam dengan penuh keyakinan dan menjadi pilihan utama.

Terbuka Australia: Sabalenka tundukkan Lesia
Aryna beraksi di Melbourne Park tanpa negara rasmi berikutan pemain Rusia dan Belarus dilarang bertanding oleh penganjur.

Piala Davis: Jannik Sinner bantu Itali julang kejuaraan pertama sejak 1976
Pemain nombor empat dunia itu menewaskan Djokovic dan kemudiannya Alex De Minaur pada hari Ahad untuk meraih kemenangan 2-0.