Bekas ketua pegawai eksekutif Proton Holding Berhad Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dipilih sebulat suara sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu.
Menyuarat agung tahunan (AGM) BAM di sini hari ini turut menyaksikan semua anggota gabungan badan sukan itu bersetuju mengekalkan Datuk Dr Ir Mohamed Al-Amin Abd Majid sebagai timbalan presiden I dan memilih Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai timbalan presiden II yang baharu, untuk penggal 2013/2017.
Sementara itu, jawatan setiausaha kehormat dan bendahari BAM akan diputuskan kemudian oleh presiden.
Tengku Mahaleel bukan muka baharu dalam dunia sukan kerana pernah menjadi juara badminton dalam acara perseorangan dan beregu serta menjadi kapten pasukan kriket Kolej Sultan Ismail Kelantan dan pasukan bola lisut pada tahun 1960-an dan awal tahun 70-an.
Beliau turut menganggotai pasukan badminton Universiti Malaya bersama Tan Aik Huang yang merupakan juara All-England.
Selain itu, Tengku Mahaleel merupakan seorang pelumba rali antarabangsa dan pernah muncul juara rali Malaysia pada 1989.
Bernama
Sat Jul 27 2013
Tengku Mahaleel (tengah)
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
Cabaran Soon Huat-Shevon di Jepun terhenti
Pasangan nombor 10 dunia itu terpaksa akur tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.
Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir
Dalam set pertama, pasangan Malaysia ini memimpin perlawanan 11-7 sebelum pasangan Jepun menyamakan kedudukan seketika kepada 12-12.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.