GANDINGAN beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei melihat musim 2016 sebagai satu musim yang menguji kredibiliti serta lengkap dengan kisah suka dan duka tersendiri buat mereka.
Sebagai beregu wanita nombor satu negara, prestasi Vivian Hoo dan Woon Khe Wei sentiasa berada di bawah pemerhatian barisan kejurulatihan dan peminat sukan tanah air.
Antara detik manis buat mereka adalah menjadi sebahagaian daripada skuad Olimpik Rio yang mencipta sejarah meskipun tidak menyumbang kepada pungutan pingat.
Pujian wajar diberikan kepada mereka atas dasar mengerah keringat untuk melayakkan diri ke Rio dan menawarkan tentangan sebelum kecundang dalam aksi suku akhir.
Tetapi, konsistensi mereka dalam saingan bertaraf terbuka menjadi tanda tanya terhadap kerbekesanan mereka sebagai satu gandingan.
Penampilan saat akhir di Siri Super Final Dubai tidak berupaya menjadi penutup tirai yang menghadirkan senyuman apabila tersingkir di peringkat kumpulan.
"Secara keseluruhan buat tahun ini, kami tidak begitu konsisten dan melayakkan diri ke Olimpik merupakan sasaran utama, kami berharap tahun hadapan mampu menjadi lebih baik buat kami," jelas Vivian.
2017 berupaya menjadi kempen lebih memberangsangkan buat Vivian dan Khe Wei dengan misi besar skuad negara adalah di Kejohanan Dunia Glasgow, Scotland serta Sukan SEA Kuala Lumpur.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah menetapkan syarat bagi pemilihan dua tugasan penting ini, sama ada layak ke Glasgow atau khidmat mereka lebih diperlukan untuk Sukan SEA, Malaysia pasti boleh menaruh kepercayaan kepada beregu ini untuk memikul harapan kejayaan.
"BAM telah menetapkan syarat bahawa kami perlu menduduki di kelompok lapan terbaik untuk beraksi di pentas Kejohanan Dunia, jika tidak kami akan memberikan fokus kepada Sukan SEA sahaja."
Astro Arena
Mon Dec 19 2016
Vivian Hoo dan Woon Khe Wei melihat musim 2016 sebagai satu musim yang menguji kredibiliti. - Foto Bernama
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
Cabaran Soon Huat-Shevon di Jepun terhenti
Pasangan nombor 10 dunia itu terpaksa akur tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.
Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir
Dalam set pertama, pasangan Malaysia ini memimpin perlawanan 11-7 sebelum pasangan Jepun menyamakan kedudukan seketika kepada 12-12.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.